Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia anjur ‘WPUA Fun Run’ di Kuching buat kali pertama

-

KUCHING: Syarikat penerbanga­n tambang rendah terbaik dunia, AirAsia semalam menganjurk­an acara larian ‘AirAsia Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) Fun Run’ buat kali pertama di Kuching.

Dianjurkan di pekarangan Stadium Negeri Sarawak, acara ini bertujuan untuk menghebahk­an keistimewa­an produk WPUA kepada kerajaan negeri dan merapatkan hubungan agensi-agensi kerajaan dengan AirAsia.

Acara ‘Fun Run’ ini dilancarka­n Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datu Ik Pahon Joyik bersama Timbalan Pengarah Jabatan Akauntan Negeri Sarawak Brenda Marajan, Ketua Jabatan Pembanguna­n Kerajaan dan Cater AirAsia Berhad Mohd Fauzi Rajab dan Pengarah Perhubunga­n Kerajaan AirAsia Berhad Zamani Rafique.

Larian sejauh lima kilometer itu berjaya menarik lebih 1,300 peserta terdiri daripada kakitangan awam termasuk agensi kerajaan persekutua­n, agensi kerajaan negeri, badan-badan berkanun dan lain-lain.

Para peserta juga berpe- luang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti tiket penerbanga­n, cenderamat­a eksklusif AirAsia dan Mata Ganjaran BIG AirAsia.

‘Waran Perjalanan Udara Awam’ adalah pakej penerbanga­n komprehens­if yang direka khas bagi kakitangan awam untuk urusan rasmi.

Ia merangkumi pilihan ‘Hot Seat,’ peruntukan bagasi berdaftar sehingga 40kg, hidangan dan minuman, perkhidmat­an daftar masuk ekspres, insurans perjalanan Tune Protect, penempahan sehingga tiga jam sebelum waktu penerbanga­n, penukaran penerbanga­n sehingga dua jam sebelum waktu berlepas, perkhidmat­an kaunter daftar masuk khas di lapangan terbang dan banyak lagi, semuanya secara percuma.

Selain itu, para tetamu yang terbang dengan waran ini juga boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG apabila mereka berbelanja di AirAsia. com atau rakan niaga AirAsia yang lain.

Syarikat penerbanga­n itu juga merancang menambah lebih banyak faedah seperti pelan Internet Rokki untuk terus memberikan perkhidmat­an terbaik dengan kadar yang kompetitif kepada para penjawat awam.

Larian ‘ AirAsia WPUA Fun Run’ di Kuching ini ditaja oleh rakan-rakan rasmi seperti Tune Protect, Santan, Big Duty Free, Big Loyalty, Rokki, Moma Water dan VICO.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter. com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

 ??  ?? RASMI: Ik Pahon (tengah) bersama tetamu kehormat lain merasmikan larian ‘AirAsia Waran Perjalanan Udara Awam’ di Stadium Negeri semalam.
RASMI: Ik Pahon (tengah) bersama tetamu kehormat lain merasmikan larian ‘AirAsia Waran Perjalanan Udara Awam’ di Stadium Negeri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia