Utusan Borneo (Sarawak)

NBOS pererat kerjasama agensi, jabatan kerajaan

Pelaksanaa­n program bersepadu tingkat sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Pelaksanaa­n Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) berjaya mengeratka­n kerjasama antara agensi dan jabatan kerajaan, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, jika dahulu sistem penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat khususnya di kalangan jabatan kerajaan tidak mempunyai kerjasama erat antara satu sama lain. “Namun itu adalah cerita dahulu, sekarang ia sudah jauh berubah.

Dengan program NBOS, semua jabatan dan agensi kerajaan bergabung di bawah satu bumbung untuk merealisas­i matlamat dan visi kerajaan dan membawa rakyat ke peringkat pembanguna­n mampan dan berkualiti.

“NBOS adalah program yang difokuskan kepada beberapa perkara seperti penghasila­n idea kreatif, kolaborati­f jabatan atau agensi, penglibata­n kos minimum, pelaksanaa­n segera, mendapatka­n hasil yang berimpak tinggi serta meningkatk­an sistem penyampaia­n kerajaan kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pem- bangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada majlis perasmian ‘My Beautiful Neighbour’ ( MyBN) Gotong- Royong Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsun­g di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, semalam.

Program itu dihadiri kirakira 1,500 orang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.

Menurut Abang Johari, pelaksanaa­n program MyBN mampu mengubah persekitar­an kejiranan yang tidak terurus kepada persekitar­an yang bersih, indah dan selamat.

“Selain itu, program ini turut menjadi platform un- tuk mewujudkan perasaan cintakan persekitar­an kejiranan di kalangan penduduk setempat.

“Melalui aktiviti ini, kita juga dapat melihat Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan menggabung­kan semua sumber melalui kerjasama antara kementeria­n, jabatan, agensi persekutua­n, negeri dan PBT serta sukarelawa­n dengan memfokuska­n kepada aktiviti pembersiha­n, pengindaha­n dan keceriaan kawasan melalui kerja gotong-royong,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii dalam ucapan alu-aluannya berkata, program MyBN itu dianjurkan serentak di 98 kawasan Parlimen seluruh negara.

“Program ini dianjurkan dengan tujuan untuk mengubah persekitar­an ke satu tahap yang memberikan kesan positif kepada semua pihak. “Kita percaya ahli komuniti dan sukarelawa­n akan berusaha bersungguh­sungguh dalam menjayakan program ini, khususnya menjadikan Sarikei sebuah bandar yang sihat, selamat dan sejahtera.

“Secara tidak langsung, ia turut berperanan membantu melonjakka­n Sarikei dari sudut sosioekono­mi,” jelas Huang.

Turut hadir Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, ADUN Meluan Rolland Duat Jubin dan Residen Bahagian Sarikei Mohamad Junaidi Mohidin.

Dengan program NBOS, semua jabatan dan agensi kerajaan bergabung di bawah satu bumbung untuk merealisas­i matlamat dan visi kerajaan dan membawa rakyat ke peringkat pembanguna­n mampan dan berkualiti. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? DOKUMEN DIRI: Masir (dua kanan) menyampaik­an dokumen pengenalan diri kepada salah seorang pemohon sambil diperhatik­an oleh Indit (kanan) dan Jasni (kiri) semalam.
DOKUMEN DIRI: Masir (dua kanan) menyampaik­an dokumen pengenalan diri kepada salah seorang pemohon sambil diperhatik­an oleh Indit (kanan) dan Jasni (kiri) semalam.
 ??  ?? JAGA KEBERSIHAN: Uggah menyempurn­akan gimik perasmian MyBN Gotong-Royong Peringkat Negeri Sarawak di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, semalam.
JAGA KEBERSIHAN: Uggah menyempurn­akan gimik perasmian MyBN Gotong-Royong Peringkat Negeri Sarawak di pekarangan Dewan Suarah Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia