Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kampung Tuba rayu jalan dinaik taraf

Kedatangan musim tengkujuh cetus kebimbanga­n, akses tunggal undang bahaya untuk urusan harian

- Oleh Jessica Jawing

SIMUNJAN: Setiap kali menjelang musim tengkujuh, penduduk Kampung Tuba di sini diselubung­i kebimbanga­n kerana satusatuny­a jalan akses mereka bukan sahaja becak dan licin, tetapi juga berbahaya.

Jalan akses yang merupakan tanah bekas pembalakan sejauh 35 kilometer itu juga menjadi laluan penduduk menghantar anak- anak ke sekolah.

Sehubungan itu, Tuai Rumah Tuba Ulu, Gura Empulu merayu kerajaan agar mempercepa­tkan kerja-kerja menaik taraf jalan tanah bekas pembalakan dari Pekan Pantu ke kampung berkenaan.

“Jalan ini lebih bahaya apabila menjelang musim hujan yang kini dihadapi penduduk kampung kerana jalan tanah bekas aktiviti pembalakan ini boleh mengundang maut disebabkan keadaan licin serta perlu meredah anak sungai yang deras.

“Ia merupakan satu-satunya akses ke kampung kami yang digunakan penduduk meng-

Ia merupakan satu-satunya akses ke kampung kami yang digunakan penduduk menghantar anak-anak yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simunjan dan urusan lain.

hantar anak-anak yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simunjan dan urusan lain,” katanya di sini baru-baru ini.

Justeru, Gura berkata, amat penting kerajaan mengambil tindakan segera untuk menaik taraf jalan atau menurapnya bagi tujuan keselamata­n dan memudahkan pergerakan penduduk kampung.

Turut menyuaraka­n masalah sama, seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tuba juga penduduk kampung itu, Saba Silong yang berkata masalah berkenaan turut dialami oleh pihak sekolah khasnya melibatkan urusan rasmi.

Beliau menjelaska­n, mereka sering mengalami kesulitan apabila terlibat dengan urusan rasmi di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan.

“Saya juga sering diarahkan pihak sekolah mengikuti urusan rasmi di PPD Simunjan termasuk kursus, sukan, serta program motivasi dan banyak lagi. Namun, saya perlu meredah laluan berbahaya ini demi tugas yang diamanahka­n,” katanya.

Saba menceritak­an, malahan pernah satu ketika beliau yang diarahkan menghadiri kursus di PPD Simunjan terpaksa berpatah balik disebabkan tanah runtuh dan menghalang laluan ekoran hujan lebat.

Timbalan Ketua Kampung Tuba Ulu, Muntigerai Enteri pula berkata, penduduk kampung amat berharap ada pembanguna­n dan mereka telah bersabar menunggu namun sehingga kini belum ada sebarang perubahan.

Jelasnya, mereka dimaklumka­n oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan bahawa jalan akan diperbaiki menerusi lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan.

“Ia menelan kos RM200,00 untuk memperbaik­i jalan itu namun kami merasakan ia belum mencukupi untuk menurap jalan tanah berkenaan,” kata beliau.

 ??  ?? BAHAYA: Jalan tanah bekas aktiviti pembalakan yang merupakan satu-satunya akses ke Kampung Tuba.
BAHAYA: Jalan tanah bekas aktiviti pembalakan yang merupakan satu-satunya akses ke Kampung Tuba.
 ??  ?? SELAMAT MAJU JAYA: Para peserta Bengkel Program Kecemerlan­gan SPM merakamkan kenangan.
SELAMAT MAJU JAYA: Para peserta Bengkel Program Kecemerlan­gan SPM merakamkan kenangan.
 ??  ??
 ??  ?? SABA
SABA
 ??  ?? GURA
GURA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia