Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan SUPP/BN Parlimen Lanang adakan lawatan ke rumah panjang

-

SIBU: Pasukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)/Barisan Nasional (BN) Parlimen Lanang baru-baru ini mengadakan program lawatan ke rumah panjang di konstituen­si Parlimen Lanang bagi mendekati rakyat dan memahami keadaan setempat.

Kunjungan tersebut diketuai oleh calon berpotensi SUPP/BN bagi kerusi Parlimen Lanang, Kelvin Kong.

Antara rumah panjang dilawati ialah Rumah Anatha serta Rumah Majang di kawasan Sengan dan Rumah Ricky serta Rumah Anggau di Batu 15, Jalan Oya.

Menurut Kelvin, penduduk di kawasan itu turut membangkit­kan isu liputan telekomuni­kasi tidak sampai atau lemah walaupun rumah panjang mereka terletak hanya beberapa kilometer dari bandar.

“Manakala, penduduk di Rumah Anggau memohon bekalan elektrik dan air di mana rumah panjang mereka terletak lebih kurang tujuh kilometer dari kemudahan bekalan elektrik.

“Kita komited memberi perhatian dan bantuan sewajarnya untuk berunding dengan pihak terbabit agar dapat meletakkan satu lagi menara telekomuni­kasi di kawasan berdekatan,” katanya.

Menurut Kelvin, mereka akan membantu permohonan bekalan elektrik melalui Skim Elektrik Luar Bandar (RES) bagi bekalan elektrik di Rumah Anggau.

“Lawatan kita disambut baik oleh penduduk di rumah panjang terbabit. Kita datang untuk membantu serta menyelesai­kan masalah rakyat,” jelasnya.

Turut hadir Ketua Unit Bumiputera SUPP Dudong Kaunselor Ladong Engkol, Kaunselor Frederick Taip, Penghulu Paing Tawi, Setiausaha SUPP Dudong, Kong Sing Ping serta ahli-ahli SUPP.

 ??  ?? TINJAU: Kelvin (tiga kiri) serta yang lain meninjau kawasan Batu 15, Jalan Oya semasa kunjungann­ya ke konstituen­si Parlimen Lanang di Sibu.
TINJAU: Kelvin (tiga kiri) serta yang lain meninjau kawasan Batu 15, Jalan Oya semasa kunjungann­ya ke konstituen­si Parlimen Lanang di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia