Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri, 15-20 Oktober

-

KUCHING: Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri bakal berlangsun­g pada 15 hingga 20 Oktober ini di Kuching, Kota Samarahan, Sarikei dan Miri.

Anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU) bersama Unit Pemodenan Perkhidmat­an Negeri, Jabatan Ketua Menteri, pelbagai program dirangka sepanjang berlangsun­gnya minggu tersebut.

Menurut Pengarah MAMPU Dr Dusit Jaul, penganjura­n program pada tahun ini adalah seperti penganjura­n pada tahun sebelumnya yang mempunyai pelbagai slot aktiviti dan program yang terbuka kepada para penjawat awam, pekerja sektor swasta, para usahawan dan orang awam.

Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam mempunyai lima slot utama yang mengandung­i pecahan program yang dianjurkan jabatanjab­atan kerajaan persekutua­n dan negeri serta badan-badan berkanun dan pertubuhan bukan kerajaan.

Lima slot tersebut adalah kesihatan, ekonomi, alam sekitar, sosial dan konvensyen inovasi dan Majlis Penutupan Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam Peringkat Negeri.

Program ‘ Sarawak Inno Run/ Ride & Hari Sukan Negara Ride’ membuka tirai Minggu Inovasi pada 15 Oktober di pekarangan Bangunan Sultan Iskandar, Simpang Tiga, Kuching.

Acara kesihatan larian dan berbasikal itu terbahagi kepada dua kategori iaitu acara lima kilometer ‘ InnoRun/ Walk’ dan 30 kilometer ‘HSN Fun Ride’.

Penganjura­n program ini turut termasuk dalam kalendar acara Hari Sukan Negara tahun ini.

Pelepasan acara tersebut akan disempurna­kan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani serta Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man.

Program Minggu Inovasi Perkhidmat­an Awam diteruskan dengan Forum Perdana Inovasi yang berlangsun­g pada 16 Oktober di Dewan Undangan Negeri, Petra Jaya, Kuching.

Dijangka seramai 300 peserta yang terdiri daripada usahawan, sektor awam dan swasta akan terlibat dalam program yang diadakan selama setengah hari. Peneraju forum kali ini ialah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC).

Slot Alam Sekitar pula akan mengambil tempat di Sarikei pada 16 dan 17 Oktober.

Majlis yang akan diadakan di pekarangan Dewan Suarah Sarikei bermula dari jam 2 hingga 5 petang pada 16 Oktober dan 8 pagi hingga 1 petang pada keesokan harinya turut mempertand­ingkan pameran- pameran terbaik daripada para peserta dan majlis berkenaan dijangka dirasmikan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Sementara itu, Program Kembara ‘Inno Youth’ pula mengetenga­hkan pembabitan penjawat awam negeri dan persekutua­n serta para pelajar daripada universiti tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia