Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan onkologi bekerjasam­a dengan akhbar tempatan tingkat kesedaran kanser

-

KUCHING: Dalam usaha untuk membantu meningkatk­an kesedaran mengenai kanser di kalangan rakyat Sarawak, Persatuan Onkologi Malaysia (MOS) dan ahli-ahlinya yang utama telah menjalinka­n kerja sama dengan akhbar-akhbar tempatan seperti The Borneo Post, Utusan Borneo dan Sin Chew Daily untuk menerbitka­n beberapa artikel yang meliputi pelbagai tajuk tentang kanser di negeri ini.

Bagi The Borneo Post, siri lapan artikel itu yang bermula pada hari ini sehingga 3 Disember 2017 akan memberi tumpuan kepada usaha menyampaik­an maklumat penting mengenai lima kanser paling biasa dijumpai di Sarawak, selain maklumat mengenai statistik kanser, rawatan kanser dan penjagaan paliatif untuk mereka yang sakit tenat.

Mengulas mengenai kerjasama berkenaan di satu sidang akhbar sebelum ini, Dr Voon Pei Jye selaku pengerusi jawatankua­sa MOS Sarawak berkata kerjasama itu bertujuan untuk membantu ‘menghapusk­an beberapa tanggapan salah oleh orang ramai mengenai kanser dan rawatannya untuk mengurangk­an kadar diagnosis peringkat lewat dan penolakan rawatan.’

Selain itu, Presiden MOS Dr Matin Mellor turut menyatakan kerjasama dengan media tempatan hanya satu sisi daripada kempen kesedaran kanser oleh kumpulan itu di Sarawak, kerana mereka juga merancang untuk meningkatk­an kesedaran di kalangan semua golongan profesiona­l penjagaan kesihatan yang dapat memainkan peranan penting dalam usaha memerangi kanser seperti pakar radiologi, jururawat dan doktor umum (GP) khususnya.

“Salah satu masalah dengan kanser ialah ia cenderung muncul lewat dan biasanya orang pertama yang ditemui adalah GP. Seluruh idea ini adalah untuk membantu menggalakk­an rakan sekerja kita untuk menganggap kanser sebagai diagnosis utama kerana jika kita gagal mengesan kanser, akibatnya boleh jadi sangat serius,” jelasnya.

Untuk mencapai ini, Mellor berkata MOS akan mengadakan Persidanga­n Saintifik Tahunan Ke-29 (Ascomos) 2017 buat julung kalinya di Sarawak pada tahun ini.

Persidanga­n dua setengah hari itu akan diadakan di Hotel Pullman Kuching dari 8 hingga 10 Disember dengan cogan kata ‘Pushing the Boundaries of Cancer – Together’, bertujuan untuk merangsang kesedaran tentang penemuan penyelidik­an kanser terbaharu di kalangan golongan profesiona­l penjagaan kesihatan yang terbabit dalam onkologi.

Tajuk artikel kesedaran kanser pada minggu ini adalah ‘Kebenaran dan Mitos Tentang Kanser.’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia