Utusan Borneo (Sarawak)

270 calon SPM hadiri bengkel kecemerlan­gan anjuran i-CATS

-

KUCHING: Lebih 270 pelajar daripada 14 sekolah menengah menghadiri Bengkel Program Kecemerlan­gan SPM anjuran Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) di sini kelmarin. Bengkel tersebut diadakan di kampus i-CATS West yang memberi tumpuan Program Kecemerlan­gan SPM bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

Program itu dikendali Tan Hun Seang, guru mata pelajaran Prinsip Perakaunan di Sekolah Menengah Kerajaan (SMK) Bandar Kuching No. 1.

Berrdasar rekod cemerlang, Tan telah menjadi mentor kepada ramai pelajar untuk cemerlang mata pelajaran tersebut.

Pelajar SPM tahun ini mendapat manfaat teknik penyediaan di samping berkongsi cara mempermuda­h konsep perakaunan yang kompleks, bagi memudahkan pemahaman serta cara bijak untuk menjawab soalan peperiksaa­n.

Sekolah mengambil bahagian adalah SMK Agama Matang II, SMK Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab, SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, SMK Bandar Kuching No 1, SMK Green Road, SMK Kota Samarahan, SMK Matang Hilir, SMK Semerah Padi, SMK Taee, SMK Tarat, SMK St. Teresa, SMK Tunku Abdul Rahman dan Sekolah Menengah St Joseph.

Mengulas mengenai program itu, Ketua Pegawai Eksekutif i-CATS Mohamad Isham Fauzi berkata bahawa program itu merupakan salah satu daripada banyak inisiatif pihak kolej untuk menyokong pelajar ke arah merealisas­i matlamat akademik.

Beliau menambah kejayaan peperiksaa­n SPM merupakan perkara penting untuk menentukan langkah ke institusi pengajian tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ditawar i-CATS dan pelbagai bentuk bantuan kewangan, lepasan sekolah berminat dan ibu bapa mereka dijemput untuk melawat Kampus Barat i-CATS di Jalan Stampin Timur, Kuching atau hubungi 082570888/451533.

Maklumat juga boleh diperolehi dari laman web i-CATS: www.icats.edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia