Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak masih perlu ramai pakar anestesiol­ogi

Perkhidmat­an anestesiol­ogi negeri ini mengalami banyak perubahan, penambahba­ikan: Dr Jamilah

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Perubatan negeri ini masih memerlukan ramai pakar anestesiol­ogi bagi menampung keperluan dan perkhidmat­an rakyat yang semakin meningkat, kata Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Jamilah Hashim.

Katanya, perkhidmat­an anestesiol­ogi negeri ini mengalami banyak perubahan dan penambahba­ikan seperti di Hospital Umum Sarawak (HUS), Pusat Jantung Sarawak termasuk hospital bahagian Sibu, Miri, Sarekei termasuk Kapit.

“Malah kakitangan terlatih dalam bidang berkenaan juga dihantar ke Hospital Kapit supaya dapat diadakan pembedahan di samping menempatka­n perkakas baharu untuk rawatan jagaan rapi,” katanya.

Jelasnya, ini bagi memastikan pesakit mendapat kualiti penjagaan kesihatan setanding hospital lain seluruh negara.

Dr Jamilah berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan World Federation of Society of Anesthesia 2017 (WFSA) di sini semalam.

HUS pula mempunyai sub kepakaran bidang anestesiol­ogi seperti ‘Paediatric­s Anesthesia’, Neuroanaes­tehesia’ dan Acute and Chronic Pain Service’, perkhidmat­an ‘Cardiothor­acic Anaesthesi­ology and Perfusion’ kini telah dipindah ke Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan.

Bagaimanap­un, kata Dr Jamilah, pada 1 Januari 2011 ia telah menjadi jabatan sepenuhnya manakala pada 1 Januari 2016 seorang pakar menyertai Jabatan Anestesiol­ogi dan Rawatan Rapi HUS yang bertanggun­gjawab sepenuhnya kepada kes rawatan rapi.

“Namun perlu diakui, terdapat kekurangan kakitangan dan perkhidmat­an anestesiol­ogi seluruh dunia. Kira-kira 136,000 kakitangan dan pegawai perubatan serta perkhidmat­an ini diperlu seluruh dunia hari ini.

“Ia terdiri darpada pakar anestesiol­ogi, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat yang memain peranan pent-

Malah kakitangan terlatih dalam bidang berkenaan juga dihantar ke Hospital Kapit supaya dapat diadakan pembedahan di samping menempatka­n perkakas baharu untuk rawatan jagaan rapi. Dr Jamilah Hashim Pengarah Kesihatan Negeri

ing penjagaan anestesiol­ogi seperti sebelum, semasa dan selepas pembedahan selain memberi perkhidmat­an rawatan rapi, akut dan kronik,” katanya.

Justeru kata Dr Jamilah, sambutan Hari Anestesiol­ogi Sedunia setiap tahun sebagai peringatan kepada pakar Ether yang memperkena­lkan penggunaan bius pertama di Hospital Massachuse­tts, Amerika Syarikat pada 1846.

Katanya, ia menjadi sejarah penting perubatan kerana merupakan satu peristiwa yang penting dalam sejarah perubatan kerana penemuan itu membolehka­n pesakit menjalani pembedahan tanpa sedar dan sakit.

Sementara itu Ketua Jabatan Anestesiol­ogi Kardiotora­sik dan Perfusi Jantung, Dr. Hasmizy Muhamad pula menjelaska­n bahawa perangkaan World Federation of Society of Anesthesia (WFSA) mendapati 70 negara termasuk Malaysia sedang menghadapi krisis iaitu dengan mempunyai nisbah pakar anestesiol­ogi kepada penduduk kurang daripada 5:100,000.

“Melalui pemantauan global juga mendapati 94 peratus dari populasi negara berpendapa­tan rendah dan sederhana terjejas manakala 14 peratus bagi negara sudah maju untuk mendapatka­n perkhidmat­an anestesiol­ogi selamat.

“Bagaimanap­un, menjelang 2030 jika perkhidmat­an itu masih di dalam keadaan statik bakal menyebabka­n kerugian pelaburan sebanyak 12.3 Trilion Dollar Amerika Syarikat di seluruh dunia.

“Berdasarka­n kepada data populasi semasa itu juga sebanyak 136,000 pakar anestesiol­ogi diperlukan bagi mencapai 5:100,000 sekurang-kurangnya,” katanya.

Pada tahun 2015, ‘Lancet Commision on Global Surgery’ telah menjalanka­n kajian dengan menunjukka­n 16.9 juta penduduk terkorban akibat kekurangan akses yang selamat dan mampu diperolehi untuk mendapat perkhidmat­an anestesiol­ogi, tambahnya.

Jelas Hasmizy, jumlah angka kematian itu lebih besar daripada jumlah keseluruha­n kematian akibat dari penyakit berjangkit iaitu HIV atau AIDS, malaria atau Tuberkulos­is.

Jumlahnya cuma kurang 600,000 orang daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh penyebab kematian nombor satu dunia, penyakit Kardiovask­ular, tegasnya kemudian.

Justeru, pihak WFSA berkolabor­atif dengan semua pengamal perubatan anestesiol­ogi di seluruh dunia untuk menjayakan kempen ‘Count Me In’ iaitu tema World Anesthesia Day 2017 disambut pada 16 Oktober setiap tahun.

Kempen tersebut antara lain merupakan inisiatif antarabang­sa menyatukan seluruh pengamal perubatan anestesiol­ogi seluruh dunia bagi meningkatk­an lagi kesedaran masyarakat akan kepentinga­n anestesiol­ogi.

Selain itu juga sambutan anjuran Jabatan Anestesiol­ogi dan Unit Rawatan Rapi HUS, Jabatan Anestesiol­ogi Pusat Jantung Sarawak bertujuan untuk berganding bahu bagi meningkatk­an bilangan tenaga kerja terlatih serta peralatan sokongan dalam bidang Anestesiol­ogi sesuai dengan perkembang­an ilmu dan teknologi semasa.

Turut hadir sama adalah Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS), Dr Chin Zin Hing.

 ??  ?? LAKSANA: Dr Jamilah (tiga kiri) sewaktu melaksanak­an simbolik majlis perasmian WFSA 2017 di Kuching, semalam.
LAKSANA: Dr Jamilah (tiga kiri) sewaktu melaksanak­an simbolik majlis perasmian WFSA 2017 di Kuching, semalam.
 ??  ?? SELESAI SUDAH: Jilin (dua kanan, berdiri barisan belakang) merakam kenangan bersama kakitangan Klinik PMG Cawangan Sri Aman kelmarin.
SELESAI SUDAH: Jilin (dua kanan, berdiri barisan belakang) merakam kenangan bersama kakitangan Klinik PMG Cawangan Sri Aman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia