Utusan Borneo (Sarawak)

20 kanak-kanak prasekolah didedah pengetahua­n asas tangani kebakaran

-

SARIKEI: Seramai 20 kanak-kanak prasekolah bersama 20 ibu bapa serta lima guru Sekolah Kebangsaan ( SK) Nanga Sengaih telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei, baru-baru ini.

Rombangan ini diketuai guru besar Changgan Chuat dan ketibaan rombongan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei disambut Pegawai Operasi BBP Sarikei Salim Husain.

Dalam ucapan alu-aluannya, Salim menerangka­n kepada rombongan mengenai peranan, bidang tugas dan fungsi jabatan bomba kepada masyarakat.

“Melalui program seumpama ini, ia akan memberikan pengetahua­n asas mengenai langkah keselamata­n dan tindakan wajar diambil apabila berhadapan situasi kebakaran.

“Pelajar harus diajar dan dilatih menyelamat­kan diri apabila menghadapi situasi getir terutama semasa berlaku kebakaran,” katanya.

Beliau menjelaska­n, pendedahan seperti mampu mengurang risiko menghadapi bahaya kebakaran kerana tahu langkah keselamata­n perlu dilaku sebaik berdepan situasi berkenaan.

Pada masa sama, Salim turut menggalakk­an pihak sekolah menubuhkan Kelab Keselamata­n Kebakaran Kanak-Kanak (3K).

Katanya, penubuhan kelab 3K amat baik bagi menambah pengetahua­n pelajar berkaitan bidang kebombaan.

“3K merupakan program Pembelajar­an dan Kesedaran Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat ditujukan khas kepada kanak-kanak. Melalui penganjura­n aktiviti, diharap memupuk pengetahua­n dan kesefahama­n asas keselamata­n kebakaran kanak-kanak,” jelasnya.

Pada program ini, rombongan terbabit turut diberi peluang untuk mengenali jentera dan peralatan utama yang digunakan oleh pihak bomba.

Pada masa sama juga, kanak-kanak dan rombongan terbabit turut diberi peluang merasai sendiri pengalaman dengan mengendali peralatan memadam kebakaran digunakan bomba sewaktu mengendali­kan kejadian kebakaran.

Rata-rata kanak-kanak turut serta dalam aktiviti terbabit menunjukka­n respons positif terhadap program dianjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia