Utusan Borneo (Sarawak)

Amal budaya bersukan bukan kerana sambutan HSN: Lee

-

MIRI: Sukan perlu dijadikan amalan dan budaya ke arah gaya hidup sihat sepanjang tahun dan tidak mengehadka­n penyertaan­nya hanya pada Hari Sukan Negara (HSN) sahaja.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin berkata aktiviti sukan perlu dilakukan setiap hari dan bukannya menunggu HSN sahaja.

“Kerajaan mahu melahirkan rakyat Malaysia ycergas dan memiliki tahap kesihatan baik dengan memilih hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober sebagai HSN,” katanya sempena pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Miri semalam.

Menurutnya, gaya hidup sihat dengan bersukan juga dapat mengatasi masalah obesiti kian meningkat di kalangan rakyat Malaysia.

“Bukan hanya perempuan yang mahu sihat dan memiliki bentuk badan menarik, tetapi lelaki juga perlu terlibat bersukan supaya mereka tidak dilabel sebagai ‘mengandung’,” jelasnya.

Tambahnya, masalah obesiti akan menjadi penyebab atau pakej kepada penyakit lain antaranya penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Bahkan sukan sepatutnya kata Lee, ia menjadi sebahagian agenda kehidupan yang perlu dilakukan bukannya sekadar suka-suka dan melepaskan batok di tangga.

“Sebab itu kita mahu rakyat menjadikan sukan sebagai aktiviti harian bukannya terhad pada tarikh tersebut semata-mata kerana sukan dapat mengelak penyakit kronik,” ujarnya.

Lee berkata sukan juga adalah wadah penyatuan meningkatk­an semangat patriotism­e kepada negara dengan penglibata­n rakyat pelbagai kaum.

Sementara itu lebih 1,000 orang dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, kelab, institusi pendidikan dan orang awam menyertai HSN di IKBN Miri semalam.

Meskipun hujan lebat, ia tidak mematahkan semangat orang awam untuk turut serta dalam pelbagai aktiviti yang disediakan penganjur.

Sambutan HSN kali ke-3 itu menyediaka­n pelbagai aktiviti sukan seperti senam robik, zumba, futsal, 10 pin boling, dart, sukan rakyat tarik tali, menyumpit dan sebagainya.

Ia merupakan inisiatif Kementeria­n Belia dan Sukan untuk mentransfo­rmasikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan.

Hadir sama ialah Setiausaha Majlis Bandaraya Miri, Morshidi Frederick, Pegawai Belia dan Sukan Miri, Stephennie Wendy Stamford serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia