Utusan Borneo (Sarawak)

HSN Peringkat Negeri S’wak di Astaka Padang Dewan Suarah Bintulu meriah

-

BINTULU: Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Sarawak di Astaka Padang Dewan Suarah Bintulu meriah dengan menyaksika­n kehadiran ratu terjun negara Pandelela Rinong dan atlet wushu, Loh Jack Chang bersama penduduk setempat menyertai senaman Aerobik Perdana pagi semalam.

Penduduk juga tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar kenangan bersama ikon sukan negara tersebut yang begitu mesra melayan peminat- peminat mereka khususnya para belia di sini.

Sebanyak 20 acara sukan diadakan sempena perasmian HSN yang disempurna Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan mewakili Menteri Pelancon- gan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi; ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon; Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Hamdiah Bakir; Ketua Unit Sukan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Zul Usup; Setiausaha Politik Ketua Menteri, Victor Temenggung Angang dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Nik Muhammad Asraff Nik Mod Kamal.

Antara acara yang dianjurkan ialah larian 10 kilometer (km), berbasikal (Fun Ride) 21 km dan Kids Ride, Aerobathon termasuk sukan tradisiona­l, kejohanan bola sepak 9 sebelah, PS4 FIFA17, kem bakat memanah ATMA serta beberapa aktiviti melibatkan penyertaan agensi kerajaan dan swasta.

Acara Aerobik Perdana diadakan bermula pada jam 7 pagi termasuk cabutan nombor bertuah.

Acara khas yang turut diadakan dari jam 5 petang 14 Oktober hingga jam 5 petang 15 Oktober adalah ‘24 Hours Running Challenge.’

Penganjura­n HSN di seluruh Sarawak menyasarka­n keseluruha­n penyertaan seramai 30,000 peserta.

Program itu adalah untuk menggalak penyertaan rakyat Malaysia dalam kegiatan sukan, memupuk gaya hidup sihat dan membudayak­an sukan dalam kehidupan harian.

Selain itu mengurang ma- salah sosial, menerap nilai murni, menyatupad­u rakyat berbilang kaum serta melahir bakat-bakat baharu dalam bidang sukan berkaitan sekali gus akan membantu memilih atlet terbaik untuk mewakili negara ke peringkat antarabang­sa.

 ??  ?? PEMENANG: Para pemenang acara larian 10 km lelaki dan perempuan terbuka merakam gambar bersama Snowdan, Majang, Chukpai serta tetamu lain. (Gambar kanan atas) PENGHARGAA­N: Snowdan menerima cenderamat­a daripada Hamdiah (dua kanan). (Gambar kanan) UNTUK...
PEMENANG: Para pemenang acara larian 10 km lelaki dan perempuan terbuka merakam gambar bersama Snowdan, Majang, Chukpai serta tetamu lain. (Gambar kanan atas) PENGHARGAA­N: Snowdan menerima cenderamat­a daripada Hamdiah (dua kanan). (Gambar kanan) UNTUK...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia