Utusan Borneo (Sarawak)

HSN agenda nasional lahir atlet bertaraf dunia

Ia juga program terbaik rapat silaturahi­m, meningkatk­an kecergasan dan kesihatan rakyat: Snowdan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Hari Sukan Negara (HSN) merupakan agenda nasional yang akan diteruskan penganjura­nnya setiap tahun bagi melahir atlet pelapis mewakili negara dalam acara sukan peringkat antarabang­sa pada masa akan datang.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, negara ini mahu melahir lebih ramai atlet status Olimpik seperti Pandelela Riong dan Datuk Lee Chong Wei serta berusaha keras memastikan lebih ramai pelapis atlet paraliimpi­k seperti Mohd Ziyad Zokefli dan Abdul Latif Romly.

“Dinobat juara keseluruha­n Sukan SEA Ke- 29 Kuala Lumpur 2017 dengan pencapaian 145 pingat emas seharusnya menjadi kebanggaan semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan dibacakan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan ketika merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri di Astaka Padang Dewan Suarah semalam.

Jelasnya, pada temasya itu negara berjaya melahirkan atlet pingat emas termuda melalui Adam Yoong Hanifah berumur sembilan tahun dalam acara ‘water ski’ dan lelaki terpantas di Asia Tenggara Khairul Hafiz Jantan dengan catatan masa 10.34 saat dalam acara pecut 100 meter lelaki.

“Setinggi-tinggi tahniah saya ucap kepada atlet kelahiran Sarawak yang beraksi cemerlang meraih emas Sukan SEA baru-baru ini,” katanya.

Katanya, Malaysia mencapai sasaran menduduk tangga kedua keseluruha­n Sukan Para ASEAN KL2017 dengan kutipan 94 emas, 80 perak dan 54 gangsa turut membanggak­an bagi atlet kelainan upaya negara.

“Pencapaian cemerlang semua atlet Malaysia pada temasya sukan diceburi tidak akan diperoleh tanpa usaha

Pencapaian cemerlang semua atlet Malaysia pada temasya sukan diceburi tidak akan diperoleh tanpa usaha berterusan daripada pelbagai pihak. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

berterusan daripada pelbagai pihak.

“Salah satu usaha utuk mencapai kecemerlan­gan tersebut ialah dengan membudayak­an sukan dalam kehidupan seharian dari peringkat akar umbi,” tambahnya.

Terdahulu Snowdan semasa ditemui media berkata, HSN merupakan program terbaik merapat hubungan silaturahi­m, meningkat kecergasan dan kesihatan di samping mampu menjadi penggerak melahir bakat anak dalam sukan serta mereka mencebur sukan peringkat nasional dan antarabang­sa.

“Hari ini kita bertuah dengan kehadiran Pendelela Rinong (akuatik terjun) dan Loh Jack Chang (wushu) bersama-sama memeriah acara sukan bersama penduduk Bintulu.

“Ini merupakan satu penghargaa­n kepada penduduk Bintulu secara langsung dapat bergaul dan merakam gambar kenangan bersama atlet negara sekali gus bertanya mengenai kejayaan mereka yang menjadi kebanggaan negara,” katanya.

Beliau berkata, ia sekali gus menggambar­kan bidang sukan mampu menjadi wadah menyatupad­ukan rakyat berbilang bangsa dan etnik rakyat negara ini.

Justeru, katanya, sambutan HSN mencapai objektif penganjura­n peringkat negeri dalam acara larian lima kilometer (km) dan 10 km dengan penyertaan komuniti setempat.

“Hari ini (semalam) ramai warga Bintulu datang memeriahka­n HSN dan ia merupakan satu kejayaan, terima kasih kepada ahli jawatankua­sa penganjur, pihak Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan lain-lain dalam menjayakan HSN ini,” katanya.

Program itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi; ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon; Timbalan Residen Bahagian Bintulu, Hamdiah Bakir; Ketua Unit Sukan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Zul Usup; Setiausaha Politik Ketua Menteri, Victor Temenggung Angang Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu, Nik Muhammad Asraff Nik Mod Kamal serta tetamu lain.

 ??  ?? RASMI: Snowdan (empat kanan) bersama Majang, Hamdiah (kanan), Chukpai, Pandelela, Loh (kiri) semasa pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu semalam.
RASMI: Snowdan (empat kanan) bersama Majang, Hamdiah (kanan), Chukpai, Pandelela, Loh (kiri) semasa pelancaran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia