Utusan Borneo (Sarawak)

Amah dakwa didera doktor

-

KOTA BHARU: Seorang pembantu rumah membuat laporan polis dengan mendakwa didera majikannya seorang doktor wanita sejak awal tahun ini.

Wanita berusia 18 tahun dari Sarawak itu mendakwa dia turut dipukul suami doktor berkenaan.

Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan itu melarikan diri dari rumah majikannya dan bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu semalam. Mangsa membeitahu pemberita semalam, majikannya tidak membayar gajinya sejak Mei lalu dan menuduh mangsa malas bekerja serta sering berbohong.

Remaja yang mempunyai kesan lebam pada tangan dan cedera di muka di bawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab ll untuk menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Mohd Fakri Che Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan berkaitan kes berkenaan dan siasatan lanjut akan dibuat bagi mengetahui punca kejadian sebenar. — Bernama TAIPING: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang­inya melanggar seekor lembu di Kilometer 0.5 Jalan Kuala Terong dekat sini, awal semalam.

Mangsa Hamilnizam Zamzuri, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Terong menuju ke Kuala Terong.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa telah melanggar seekor lembu yang melintas di atas jalan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Harrith Kam berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat. —Bernama

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Ibu bapa dan anak-anak istimewa yang menyertai acara senamrobik serta acara sukan sempena HSN Peringkat PDK Gemilang merakam gambar bersama Zephyan (berdiri, sembilan kanan), Ust Wan Sulaiman (berdiri, tengah) serta pengurusan PDK dan OKU...
UNTUK ALBUM: Ibu bapa dan anak-anak istimewa yang menyertai acara senamrobik serta acara sukan sempena HSN Peringkat PDK Gemilang merakam gambar bersama Zephyan (berdiri, sembilan kanan), Ust Wan Sulaiman (berdiri, tengah) serta pengurusan PDK dan OKU...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia