Utusan Borneo (Sarawak)

Datuk Bandar puji kerjasama komuniti indahkan bandar Miri

-

MIRI: Datuk Bandar Miri Adam Yii memuji peranan dimainkan jabatan kerajaan, orang-perseorang­an dan penduduk tempatan yang memberi kerjasama melaksanak­an gotong- royong mencantik kawasan kediaman.

Menurutnya, semangat kerjasama tinggi seperti ini mampu menjadikan bandar raya Miri sebagai sebuah bandar raya bersih, cantik dan selesa didiami pada masa depan.

“Tujuan pelaksanaa­n NBOS MyBN ini untuk mengubah persekitar­an kejiranan tidak terurus kepada menjadi lebih indah, mewujudkan kejiranan selamat, bersih dan indah secara mampan. “Selain itu ia juga bertujuan mewujudkan perasaan cintakan persekitar­an kejiranan dalam kalangan penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa melancarka­n program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) ‘My Beautiful Neighbourh­ood’ ( MyBN) Gotong- Royong 2017 di Kampung Lereng Bukit, di sini semalam.

Turut hadir Timbalanny­a Julaihi Mohamad dan Setiausaha Bandaraya Miri Morshidi Frederick.

Jelas beliau lagi, program seumpama ini mampu memberi kesan secara langsung kawasan kediaman penduduk setempat dan semua akan menerima manfaat daripada perlaksana­annya.

Sementara itu, program berkenaan dijalankan serentak di 98 kawasan parlimen seluruh negara semalam.

Bagi peringkat Miri, beberapa tempat dipilih bagi aktiviti ini iaitu Ocean Park, Pujut Tanjung Batu 3, Piasau Garden Park, Hilltop, Kampung Tudan Fasa 5 dan Kampung Lereng Bukit.

 ??  ?? SIMBOLIK: Adam (lima kiri) menanam sebatang pokok sebagai tanda pelancaran NBOS MyBN Gotong-Royong 2017 Peringkat Bahagian Miri.
SIMBOLIK: Adam (lima kiri) menanam sebatang pokok sebagai tanda pelancaran NBOS MyBN Gotong-Royong 2017 Peringkat Bahagian Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia