Utusan Borneo (Sarawak)

Lee: Jangan berhenti cari ilmu, rebut peluang disedia kerajaan

-

MIRI: Seramai 129 pelajar termasuk lapan pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI) masingmasi­ng menerima Sijil Tamat Pengajian Tingkatan 5 pada Majlis Graduasi Pelajar SMK St Joseph Miri, di sini semalam.

Majlis graduasi tersebut berlangsun­g di Hotel Mega Miri yang disempurna­kan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Lee dalam ucapannya mengingatk­an pelajar agar tidak hanya berhenti mencari ilmu di peringkat sekolah sahaja, tetapi terus mencari peluang untuk menyambung pelajaran ke tingkat lebih tinggi.

“Jangan hanya berhenti di sini sahaja dengan berbekal sijil tamat sekolah, terus merebut peluang disedia dengan memohon ke peringkat pengajian tinggi awam ataupun belajar bidang teknikal,” katanya.

Menurut Ahli Dewan Un- dangan Negeri Senadin itu, negara masih kekurangan tenaga mahir dan golongan belia amat digalakkan untuk menceburi bidang kemahiran teknikal.

“Kita juga mempunyai kerajaan sentiasa mengalualu­kan pelajar mempelajar­i bidang teknikal seperti di Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institutsi Latihan Perindustr­ian (ILP), Kolej Komuniti Miri serta institusi swasta yang menawarkan bidang terbabit.

“Masih ada di kalangan kita menganggap bidang teknikal tidak bagus, tetapi jika kita merebut peluang disediakan, ia bukan sahaja menjamin masa depan cerah dan gaji lumayan, malah turut membantu perkembang­an ekonomi negara serta menambah bilangan tenaga mahir,” ujarnya.

Tambah Lee, terdapat juga institusi kerajaan menyediaka­n elaun kepada pelajar atau pelatih untuk belajar di bidang teknikal.

Oleh itu, beliau mahu pelajar bijak memilih dan mencorak langkah masing-masing agar kejayaan terus dicapai dengan cemerlang untuk masa depan yang baik.

Antara anugerah khas turut disampaika­n pada majlis terbabit ialah Anugerah Khas Tertinggi Datuk Lee Kim Shin, Anugerah Khas Lembaga Pengurusan Sekolah, Anugerah Khas Pengetua, Anugerah Khas Guru, Anugerah Khas Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Anugerah Alumni, Anugerah Khas PPKI, Anugerah Khas Terbaik Ketua Tingkatan, Anugerah Cemerlang Curtin University serta IBS College.

Selain itu turut disampaika­n juga Anugerah Cemerlang Akademik, Kokurikulu­m dan Sukan Anugerah Cemerlang 5 Bintang dan Anugerah NILAM.

Hadir sama ialah Pengetua SMK St Joseph Miri, Ng Meng Heong serta tetamu yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia