Utusan Borneo (Sarawak)

Libatkan anak OKU dalam aktiviti sukan

-

BINTULU: Anak orang kelainan upaya (OKU) perlu dilibat sama menyertai acara sukan supaya tidak terpinggir sekali gus menyokong usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan.

Penaung Pusat Dalam Komuniti (PDK) Persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) Gemilang Jepak Bintulu (OKU Gemilang Bintulu), Datin Dr Zaliha Abdullah berkata, ini merupakan inisiatif Kementeria­n Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif proses transforma­si mencapai hasrat itu.

Katanya, atas keprihatin­an dan inisiatif ini, OKU Gemilang Bintulu memberi peluang kepada anak istimewa menikmati bersama usaha PDK Bintulu yang julung kalinya sambutan Hari Sukan Negara ( HSN) Peringkat PDK Bahagian Bintulu.

“Dan buat pertama kalinya PDK dan OKU Gemilang menjadi penganjur bersama acara ini dengan harapan dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan anak istimewa serta dianjur secara giliran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks yang dibaca pengasas merangkap Setiausaha Kehormat OKU Gemilang Bintulu, Mohamad Zephyan Nasution Junaidi sempena HSN Peringkat PDK Bahagian Bintulu di Bangunan Martabat semalam.

Beliau berkata, penganjura­n acara sukan untuk anak istimewa melambangk­an kebersamaa­n dalam mendidik anak istimewa serta mencermink­an kesatuan hati dalam melaksana amanah murni dengan sebaiknya untuk anak-anak istimewa.

Turut hadir Pengerusi PDK Bintulu, Sultan Patimah SKS Ismail; Pengerusi PDK Gemilang Bintulu, Ust Wan Sulaiman Wan Maulana; Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bintulu, Taddy Ajin; Yang Dipertua Kesatuan Sekerja Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), Awangku Nasir Pengiran Kerta dan tetamu lainnya.

OKU Gemilang Bintulu beroperasi di Bangunan Martabat Bintulu dan ibu bapa atau penjaga yang ingin mendaftar anak istimewa mereka untuk mendapat latihan di pusat terbabit boleh datang terus ke tempat tersebut di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Sebiew berdekatan dengan Masjid At-Taqwa Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia