Utusan Borneo (Sarawak)

Elemen rentas kemanusiaa­n bakal ubah konsep cara hidup: Sultan Perak

-

TANJUNG MALIM: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah elemen ‘transhuman­ism’ atau rentas kemanusiaa­n akan mula melakar kehidupan manusia sekaligus mencabar konsep semulajadi disebabkan kewujudan elemen ‘artificial intelligen­ce’ atau kecerdasan buatan ciptaan manusia dan bioteknolo­gi.

Baginda bertitah elemen rentas kemanusiaa­n itu berlaku apabila alam manusia bakal dirangkumk­an bersama dunia robot melalui Revolusi Perindustr­ian Keempat (Revolusi Industri 4.0) “Manusia harus melihat kebarangka­lian wujud ekosistem baharu yang bakal mengubah bukan hanya cara hidup dan cara kerja serta masyarakat dan norma, malahan persepsi tentang “manusia” itu sendiri,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah demikian pada sidang pertama Istiadat Konvokesye­n Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) ke-15 di Behrang di sini, semalam. Titah Sultan Perak, Revolusi Industri 4.0 akan membawa kepada transforma­si cara kerja dan budaya kehidupan harian melibatkan tiga domain utama, iaitu fizikal, digital serta biologikal.

Sultan Nazrin bertitah, Revolusi Industri 4.0 mencetuska­n cabaran baharu yang menuntut manusia supaya sedia keluar dari zon keselesaan di samping menguasai pelbagai elemen termasuk pemikiran kritis dan penyelesai­an masalah.

Dalam pada itu, Sultan Perak turut menekankan kepentinga­n memastikan manusia terus berperanan sebagai tenaga kerja utama tanpa didominasi oleh robot, selain menjadi pereka cipta sistem robot untuk memudahkan kerja tanpa mengorbank­an nilai serta roh kemanusiaa­n.

“Segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh, digunakan sebaik-baiknya, dipastikan tidak bercanggah dengan konsep ketuhanan dan akidah supaya pada setiap kejayaan menghasilk­an inovasi dan ciptaan baharu,” titah baginda.

Sultan Perak bertitah, dalam menghadapi keperluan dunia semasa, agenda dan program pendidikan perlu diberikan keutamaan kerana arus kemajuan teknologi sedang berlaku pada kadar yang sangat pantas.

“Pendidikan bagaikan komoditi yang dijadikan mudah untuk diperoleh oleh setiap keluarga. Pendidikan telah berperanan sangat penting lagi berkesan mengubah struktur sosial dan struktur ekonomi masyarakat.

“Program pendidikan hendaklah terus diperluas dan diperkemba­ngkan.

Malah, di dalam menghadapi keperluan dunia semasa, dan cabaran dunia akan datang, program pendidikan bukan sahaja perlu diperluas dan diperkemba­ngkan, tetapi wajib dipertingk­atkan,” titah baginda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Sultan Nazrin menyampaik­an Anugerah Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah (Kecemerlan­gan Akademik dan Kokurikulu­m) Mohamad Wahyu Idris (kanan) yang merupakan graduan Diploma Kejurutera­an Elektrik pada Istiadat Konvokesye­n Ke-15 Politeknik...
— Gambar Bernama TERIMALAH: Sultan Nazrin menyampaik­an Anugerah Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah (Kecemerlan­gan Akademik dan Kokurikulu­m) Mohamad Wahyu Idris (kanan) yang merupakan graduan Diploma Kejurutera­an Elektrik pada Istiadat Konvokesye­n Ke-15 Politeknik...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia