Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tidak import produk ‘Ba Shu Hotpot’: KP Kesihatan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n Malaysia tidak mengimport produk makanan periuk panas segera yang mengandung­i daging dikenali sebagai ‘ Ba Shu Hotpot’ atau ‘ Ba Shu Lan Ren’, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata perkara itu disahkan berdasarka­n Sistem Maklumat Keselamata­n Makanan Malaysia (FoSIM) yang dikendalik­an Kementeria­n Kesihatan.

Katanya, semua makanan yang diperbuat atau diimport ke negara ini perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya.

“Berdasarka­n FoSIM, tiada pengimport­an bagi produk daripada syarikat terbabit ke negara ini.

Kementeria­n Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara- perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan semalam.

Dr Noor Hisham mengulas artikel akhbar berbahasa Inggeris, The Straits Times di Singapura bertajuk ‘Import of Instant hotpot products containing meat not ap- proved by AVA; importers fined and products seized’ yang disiarkan pada 9 Okt lalu.

Laporan akhbar menyatakan bahawa Pihak berkuasa Makanan Pertanian dan Veterinar Singapura ( AVA) melarang pengimport­an produk itu dari Chengdu, China kerana pihak AVA hanya membenarka­n pengimport­an produk makanan yang mengandung­i daging daripada sumber yang diluluskan olehnya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham menggesa sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykila­n ber- hubung isu keselamata­n makanan, mereka boleh menghubung­i Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri atau melalui laman sesawang http://moh. spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamata­n dan Kualiti Makanan (BKKM). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia