Utusan Borneo (Sarawak)

PM tawar bantu kerajaan Selangor tangani denggi

Selangor catatkan kira-kira 40,000 kes denggi setahun

-

KUALA SELANGOR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menawarkan kepada kerajaan negeri Selangor bantuan pengurusan pelupusan sampah dan sistem perparitan bagi mengurangk­an kes denggi di negeri itu yang mencatatka­n jumlah kes tertinggi berbanding negeri lain.

Perdana Menteri berkata Selangor mencatatka­n kirakira 40,000 kes denggi setahun atau kira-kira seratus sehari, dan ia bukan satu rekod yang patut dibanggaka­n.

Najib berkata beliau tidak terkejut kerana ia boleh berlaku sekiranya tiada usaha pembersiha­n dilakukan kerajaan negeri yang bertanggun­gjawab ke atas kawasan berkenaan.

“Kita boleh bantu kerajaan negeri kalau dia gagal buat kerja ini, kita boleh bantu dengan apa? tukar kerajaan? Itu tunggu pilihan raya umum ke-14… hari ini kita bantulah dengan kita bersihkan kawasan kita di sini dan kawasan-kawasan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n program Strategi Lautan Biru Kebangsaan My Beautiful Neighborho­od ( NBOS MyBN) peringkat kebangsaan yang diadakan secara serentak di 98 kawasan seluruh negara, di sini.

Turut hadir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dan

Kita boleh bantu kerajaan negeri kalau dia gagal buat kerja ini, kita boleh bantu dengan apa? tukar kerajaan? Itu tunggu pilihan raya umum ke-14… hari ini kita bantulah dengan kita bersihkan kawasan kita di sini dan kawasan-kawasan yang lain. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.

Mengulas mengenai program MyBN yang berasaskan gotong- royong, Perdana Menteri berharap ia dapat menanam semangat kerjasama dan toleransi antara masyarakat serta nilai ke- bersamaan dan cinta kepada kebersihan.

Sementara itu, beliau turut mengucapka­n penghargaa­n kepada Noh yang mengambil inisiatif menawarkan rumah Projek Perumahan Rakyat kepada mangsa rumah yang diroboh kerajaan negeri baru-baru ini.

“Kita tak robohkan rumah imam ke bilal dan sebagainya, kita hanya robohkan rumah nyamuk aedes… Saya ucapkan terima kasih kepada Tan Sri Noh kerana telah memberi rumah PPR kepada penghuni rumah- rumah yang telah diroboh kerajaan negeri,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Najib (tengah) ketika hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Najib (tengah) ketika hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia