Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu lebih serius tangani penceroboh­an nelayan asing: TPM

-

KEMAMAN: Agensi penguatkua­saan perlu lebih serius menangani masalah penceroboh­an perairan negara oleh nelayan asing yang mengakibat­kan ketirisan hasil laut bernilai RM3 bilion hingga RM6 bilion setahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini penting berikutan walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh agensi penguatkua­saan seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan untuk mengekangn­ya, masalah itu terus berlaku.

“Malah apabila program ‘Eye in The Sky’ (dilaksanak­an) sama ada di Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut China Selatan, kita mengharapk­an akan dapat dielakkan (tapi masih berlaku penceroboh­an oleh nelayan asing)… jadi ini tidak adil kepada rakyat Malaysia terutama nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Kuala Kerteh di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata nelayan perlu memasang Sistem Pengesanan Automatik (AIS) pada bot masing-masing sama ada ia diberi secara percuma ataupun perlu beli sendiri.

“Ia hendaklah dipasang bukan sahaja untuk pemantauan tetapi juga untuk menentukan keselamata­n mereka di zon-zon tertentu mengikut permit mereka dapat dilakukan agensi penguatkua­saan… terutama apabila ada nelayan masuk sempadan zon negara asing yang kononnya didakwa telah menceroboh.

“Jadi bukti-bukti ini adalah penting untuk perundanga­n antarabang­sa bagi mempertaha­nkan hak mereka dan waktu yang sama bagi mengelak penceroboh­an oleh nelayan asing,” katanya.

Ahmad Zahid turut berharap nelayan mematuhi had zon dalam lesen masing-masing iaitu zon A (1 hingga 8 batu nautika), B (8 hingga 15 batu nautika) dan C (laut dalam) bagi mengekang penceroboh­an sesama nelayan.

“Nelayan laut dalam terutamany­a perlu mempunyai semangat menghormat­i hak orang lain dan tidak boleh menganggu-gugat zon nelayan tepi pantai.

“Kita juga ingin meminta bot laut dalam bawa hasil itu kepada negara bukan menjual di laut untuk peraih-peraih negara asing kerana ini merugikan negara. Perkara ini penting diberi penekanan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Zahid bersama Ahmad Said (kiri) ketika hadir bagi melancarka­n Gelombang Nelayan Nasional 2017 di Karteh, semalam
— Gambar Bernama PELANCARAN: Zahid bersama Ahmad Said (kiri) ketika hadir bagi melancarka­n Gelombang Nelayan Nasional 2017 di Karteh, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia