Utusan Borneo (Sarawak)

Johor harap Bajet 2018 fokus atasi kos hidup rakyat

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor berharap kerajaan pusat akan memberi perhatian terhadap golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) dan pertengaha­n (M40) pada pembentang­an Bajet 2018.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia bagi memastikan golongan itu dapat menempuh cabaran kehidupan masa kini terutama kos kehidupan.

“Kita berharap kerajaan akan lihat kepada soal bagaimana hendak mengatasi kos hidup rakyat dan pada masa yang sama memberi perhatian kepada golongan M40.

“Kita dapati dalam negara kita golongan B40 menerima pelbagai program, tetapi sudah sampai masanya kita lihat bagaimana M40 itu dapat kita bantu,” katanya selepas melancarka­n Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) Gotong- Royong MYBN peringkat Johor di Pangkalan Nelayan Tampoi Utama, di sini semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentang­kan Bajet 2018 di Parlimen pada 27 Okt ini.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata program gotong- royong berkenaan mampu menterjema­hkan dasar Kelestaria­n Johor yang merupakan aspirasi negeri sebagai negeri maju, Islam, bersih dan persekitar­an mesra alam.

Beliau berkata ini secara tidak langsung dapat mewujudkan sikap tanggungja­wab dan nilai yang kukuh dalam kalangan masyarakat untuk menjaga kebersihan alam sekitar.

“Program ini akan membangunk­an tanggungja­wab masyarakat untuk menjaga kebersihan dan masyarakat juga akan meletakkan mutu yang tinggi terhadap tahap kebersihan.

“Ia juga antara cara kita lahirkan semangat kesukarela­an dan menjayakan pendekatan NBOS,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK KECERGASAN: Khaled (tengah) mengayuh basikal sempena Hari Sukan Negara untuk melawat sekitar kawasan Kampung Pasir selepas melancarka­n Program NBOS Gotong-Royong MYBN peringkat negeri di pangkalan nelayan Tampoi Utama, Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama UNTUK KECERGASAN: Khaled (tengah) mengayuh basikal sempena Hari Sukan Negara untuk melawat sekitar kawasan Kampung Pasir selepas melancarka­n Program NBOS Gotong-Royong MYBN peringkat negeri di pangkalan nelayan Tampoi Utama, Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia