Utusan Borneo (Sarawak)

Politik baharu perlu ada roh perlembaga­an: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al Thani akan melakukan lawatan dua hari ke Malaysia mulai hari ini, atas undangan Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Menurut kenyataan media Wisma Putra, ini merupa- kan lawatan sulung Sheikh Tamim ke negara ini sejak menaiki takhta sebagai Emir Qatar yang kelapan pada 25 Jun 2013.

Sheikh Tamim akan diberikan sambutan rasmi negara di Parlimen pada Isnin. — Bernama KUALA LUMPUR: Politik baharu dan roh perlembaga­an negara perlu berjalan seiring untuk membina sebuah negara bangsa yang maju dan makmur dengan rakyatnya yang bersatu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam dunia globalisas­i ini, beliau berkata rakyat harus menerima politik baharu untuk menjadikan negara mampu bersaing dengan dunia semasa.

“Menolak politik baharu adalah satu langkah ke belakang, tetapi dalam menerima kemunculan politik baharu tersebut, asas perlembaga­an jangan ditinggalk­an,” katanya dalam catatan di blognya semalam.

Beliau menjelaska­n bahawa politik baharu adalah politik yang berpisah daripada kerangka perkauman yang mengutamak­an isu-isu sejagat sesuai dengan arus globalisas­i.

“Politik baharu ini berkembang pesat kerana terobosan Internet dan mendapat tempat di hati anak muda,” katanya sambil menambah ramai berasakan politik baharu disukai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia