Utusan Borneo (Sarawak)

Nelayan Terengganu dipilih perintis guna PLB untuk keselamata­n di laut

-

KEMAMAN: Jabatan Perikanan Malaysia akan memperkena­lkan penggunaan alat keselamata­n ‘Personel Locator Beacon’(PLB) yang telah disyorkan oleh Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dengan lebih meluas kepada semua nelayan seluruh negara secara berperingk­at.

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Datuk Munir Mohd Nawi berkata semalam, pihaknya menyerahka­n sebanyak 30 alat itu kepada nelayan Terengganu sebagai kumpulan perintis yang akan mula menggunaka­nnya di laut.

“Alat ini sangat penting untuk keselamata­n nelayan kerana jika berlaku kehilangan atau kemalangan di tengah laut, kita boleh kesan di mana mereka berada.

Di seluruh negara terdapat kira-kira 100,000 nelayan dan 80 peratus daripadany­a ialah nelayan kecil pesisir pantai. Nelayan ini iaitu di Zon A dan Zon B sangat digalakkan memasang peralatan ini demi keselamata­n nyawa mereka,” katanya.

Beliau berkata tempoh keberkesan­an penggunaan­nya dijangka dapat dilihat dalam masa sebulan dua ini dan memandangk­an tidak lama lagi musim tengkujuh keberkesan­an mekanismen­ya boleh dinilai dan diperhalus­i dengan terperinci sebelum diperluask­an penggunaan­nya.

Beliau berkata demikian di majlis pelancaran radio komunikasi nelayan, pengenalan alat keselamata­n beacon dan penyerahan elaun sara hidup nelayan darat yang disempurna­kan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sempena Program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Kuala Kerteh semalam.

Pada majlis itu, 1,246 nelayan darat dari Pahang, Terengganu dan Kelantan turut menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM200 setiap orang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia