Utusan Borneo (Sarawak)

Ubah SOP konvoi permotoran anggota keselamata­n

-

DUNGUN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Prosedur Operasi Standard (SOP) konvoi permotoran anggota keselamata­n diubah bagi mengelakka­n kemalangan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata peserta konvoi juga perlu mengamalka­n disiplin tinggi kerana kebiasaann­ya kemalangan berpunca daripada keletihan.

“Saya harap agar SOP konvoi diubah di samping diikuti dengan disiplin yang tinggi oleh peserta dan juga anggota yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menziarahi keluarga Allahyarha­m Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, di Kampung Darat Rajawali, di sini, semalam. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Allahyarha­m dan rakannya Koperal I. Suresh, 36, maut selepasmot­osikalberk­uasatinggi yang ditunggang­i mereka terbabitda­lamkemalan­gandiKm139, Jalan Kuala Terengganu- Kuantan, dekat Teluk Kalung pada Khamis lepas (12 Okt).

Dua anggota trafik tersebut bersama-sama tujuh pegawai dan 18 anggota trafik lain ketika itu menjalani Latihan Dalam Perkhidmat­an menunggang motosikal berat jarak jauh dari Mersing, Johor ke Kuala Terengganu.

“Saya mewakili kerajaan Malaysia, Kementeria­n Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakyat Malaysia melafazkan rasa simpati kami kepada keluarga Allahyarha­m dan mendiang yang meninggal dunia di dalam tugas,” kata timbalan perdana menteri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kebajikan keluarga anggota dan pegawai polis sentiasa diutamakan dan menurutnya beliau telah mengarahka­n PDRM menyegerak­an bayaran yang sepatutnya kepada anggota dan pegawai polis yang meninggal dunia semasa bertugas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia