Utusan Borneo (Sarawak)

Gulati tidak akan lepaskan jawatannya

-

CHICAGO: Presiden Persekutua­n Bola Sepak Amerika Syarikat (AS) Sunil Gulati kelmarin berkata dia tidak akan meletak jawatan, malah mungkin akan bertanding semula bagi jawatan tersebut walaupun pasukan AS gagal untuk layak ke Piala Dunia pada tahun depan di Rusia.

Hanya beberapa minit sahaja selepas jurulatih AS Bruce Arena meletak jawatan ekoran kekalahan 2-1 pada Selasa lepas di Trinidad and Tobago, yang menyaksika­n AS gagal untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1986, Gulati menerima tanggungja­wab bagi kegagalan yang memalukan itu.

“Ia adalah satu kejutan kepada sistem. Kami menjangka sepenuhnya untuk layak,” katanya.

“Ia amat mengecewak­an. Saya sudah tentulah memikul tanggungja­wab bagi kegagalan kami untuk layak ke Rusia.”

Gulati, seorang warga Amerika kelahiran India berusia 58 tahun, kemudian menggarisk­an kenapa d i a f i k i r dia masih orang yang sesuai untuk membimbing program itu kembali d a r i p a d a kegagalan, termasuk peranan AS dalam bi- daan bersama dengan Mexico dan Kanada bagi Piala Dunia 2026. “Saya tidak merancang untuk meletak jawatan,” kata Gulati. “Kami ada banyak perkara dalam agenda kami, termasuk bidaan Piala Dunia yang dijadualka­n pada Mac. “Saya tidak merancang untuk berbuat demikian – kerana segalanya, di mana sukan ini berada sekarang, peranan yang saya mainkan di dalamnya dan ke mana ia dapat pergi jika saya memilih untuk bertanding semula.” Gulati menjadi presiden US Soccer pada 11 Mac 2006, dan menamatkan penggal selama empat tahun dalam jawatankua­sa eksekutif FIFA pada awal tahun ini. Dia telah menyaksika­n peningkata­n minat di AS, tetapi kepimpinan­nya turut menyaksika­n kegagalan buruk pada tahun ini dan banyak seruan daripada penyokong agar dia meletak jawatan dengan cepat. “S a y a d a p a t memahami kehampaan itu, ya,” kata Gulati. “Kami akan berusa- ha sedaya upaya untuk membawa balik pasukan dan program kita ke landasan supaya kita boleh berjaya. Kami faham kemarahan dan kekecewaan yang dialami disebabkan oleh malam Selasa lepas.”

Pemilik pasukan New York Cosmos, Rocco Commisso, sebahagian daripada kumpulan yang menyaman persekutua­n berkenaan berhubung isu anti- amanah, mengulangi seruan agar Gulati meletak jawatan.

“Peranan Sunil Gulati sebagai broker kuasa US Soccer sudah melebihi tiga presiden AS,” kata Commisso.

“Tanggungja­wab bagi kegagalan pasukan lelaki Amerika untuk layak ke Piala Dunia 2018 dan dua Sukan Olimpik terakhir mesti diletakkan di kaki Gulati.”

Pemilihan baharu bagi presiden US Soccer dijadualka­n pada Februari dengan pencalonan calon pada Disember, yang memberi masa bagi pemeriksaa­n latar belakang.

Gulati berkata dia akan memutuskan “dalam masa beberapa minggu akan datang” sama ada untuk bertanding semula ataupun tidak tetapi berkata, “Saya sudah menghubung­i orang untuk menyokong saya atau mencalonka­n saya sejak beberapa minggu yang lalu.”

Arena, 66, dilantik November lalu untuk menggantik­an Jurgen Klinsmann sebagai jurulatih AS selepas dua kekalahan untuk memulakan kelayakan.

Arena, yang membimbing pasukan AS hingga ke peringkat suku akhir Piala Dunia 2002 dan di Piala Dunia 2006, berkata kegagalan untuk mara ke kejohanan akhir adalah satu “kekecewaan besar”.

Gulati berkata pasukan AS akan memilih jurulatih sementara untuk membimbing skuad dalam dua perlawanan persahabat­an di Eropah pada bulan depan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CEDERA: Fellaini (jersi merah) beraksi semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia di antara BosniaHerz­egovina dan Belgium di Stadium Grbavica, Sarajevo pada 7 Oktober lalu.
— Gambar Reuters CEDERA: Fellaini (jersi merah) beraksi semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia di antara BosniaHerz­egovina dan Belgium di Stadium Grbavica, Sarajevo pada 7 Oktober lalu.
 ?? — Gambar AFP ?? TIADA NASIB: Barisan kesebelasa­n utama pasukan AS semasa menentang Trinidad and Tobago dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di Couva pada 10 Oktober lalu.
— Gambar AFP TIADA NASIB: Barisan kesebelasa­n utama pasukan AS semasa menentang Trinidad and Tobago dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di Couva pada 10 Oktober lalu.
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? GULATI
GULATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia