Utusan Borneo (Sarawak)

Guardiola tiada niat persendaka­n Tottenham

Pochettino marah dengan dakwaan pengurus City itu mengatakan Spurs ‘pasukan Harry Kane’

-

MANCHESTER: Pep Guardiola mengambil langkah untuk menenangka­n Mauricio Pochettino selepas pengurus Manchester City itu dituduh tidak hormat oleh rakan sejawatann­ya di Tottenham Hotspur itu.

Pochettino marah kerana Guardiola barubaru ini menggambar­kan Spurs seb a g a i GUARDIOLA ‘ pasukan Harry Kane’ setelah dia menyebut Tottenham, Chelsea dan Manchester United sebagai pencabar utama City bagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kane, penyerang England, menjaringk­an 11 daripada 21 gol Tottenham dalam semua pertanding­an sehingga kelmarin pada musim ini, dengan sembilan gol dalam lima perlawanan terakhirny­a untuk kelab dan negara.

Kecemerlan­gan itu menyaksika­n Kane menjaringk­an tujuh gol dalam tiga perlawanan terakhirny­a untuk Spurs.

Dia turut menjaringk­an dua gol kemenangan apabila England melengkapk­an kempen kelayakan Piala Dunia yang berjaya dengan dua kemenangan 1-0 berturut-turut ke atas Slovenia dan Lithua- nia pada bulan ini. Pochettino marah dengan dakwaan bahawa Spurs adalah pasukan satu pemain, dan menganggap komen Guardiola sebagai tidak hormat, tetapi pengurus dari Sepanyol itu kini menyatakan dia tidak pernah berniat untuk memperkeci­lkan mereka. “Saya tidak pernah tidak menghormat­i rakan sekerja saya. Saya tidak p e r n a h t i d a k h o r - mat dalam sidang akhbar. Tidak pernah,” kata Guardiola. “Bila saya bercakap mengenai pasukan Harry Kane, ia adalah kerana Harry Kane menjaringk­an banyak gol.

“Dan saya tahu sangat bahawa Tottenham bukan Harry Kane sahaja.”

Guardiola, yang menyaksika­n pasukannya menduduki tempat teratas EPL sebelum perlawanan menentang Stoke City semalam, berkata dia sentiasa cepat memberi pujian kepada Tottenham, yang menduduki tempat kedua pada musim lepas, satu tempat di atas City.

“Saya rasa pada musim lepas, orang yang paling banyak bercakap tentang menghargai cara Tottenham bermain adalah saya,” kata Guardiola.

“Bila mereka tewas kepada Chelsea dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada musim lepas, saya kata ia tidak dapat dipercayai, kerana Chelsea memperoleh­i empat rembatan ke arah sasaran dan menjaringk­an empat gol.

“Seperti apa yang saya ka- takan, Tottenham merupakan salah sebuah pasukan terbaik. Jadi saya benar-benar kecewa jika dia berkat demikian.

“Saya tidak tahu apa yang dia sebut, tetapi saya tidak pernah tidak menghormat­i rakan-rakan sekerja saya.

“Saya amat menghormat­i apa yang telah dilakukan oleh Tottenham sejak dua atau tiga tahun lalu. Terdapat banyak kredit dalam cara mereka bermain, dalam cara mereka mahu menunjukka­n bola sepak mereka dalam EPL, cara mereka sentiasa menyerang.”

Guardiola berpenda- pat dia menjalin hubungan baik dengan pengurus Tottenham itu, yang dia percaya mesti tidak memahami kenyataann­ya.

“Mungkin saya harus menyatakan pasukan Pochettino ketika saya menyebut pasukan Harry Kane,” kata Guardiola.

“N a m u n saya menyeb u t n y a k e r a n a dia menjaringk­an dua gol lagi ketika menentang Huddersfie­ld dan satu gol untuk pasukan kebangsaan dan satu lagi gol untuk pasukan kebangsaan.

“Saya rasa Mauricio telah membuat kesilapan. Saya tidak pernah tidak hormat dalam karier saya.

“Mungkin saya dapat jawab sesuatu di mana saya menyerang pasukan atau kelab saya, tetapi saya tidak pernah tidak hormat tentang Mauricio atau Tottenham.”

Sementara itu Guardiola berharap pemain tengah City, David Silva, akan menyetujui kontrak baharu dalam masa terdekat.

Silva, yang sudah menjaringk­an 51 gol dalam 315 perlawanan untuk City sejak dia tiba dari Valencia pada 2010, mempunyai tempoh tidak sampai setahun lagi dalam kontraknya sekarang.

Dia dijangka menandatan­gani lanjutan sehingga 2020, dengan pengarah bola sepak Txiki Begiristai­n yang mengetuai rundingan.

— AFP

Saya tidak pernah tidak menghormat­i rakan sekerja saya. Saya tidak pernah tidak hormat dalam sidang akhbar. Tidak pernah. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia