Utusan Borneo (Sarawak)

Mourinho terkejut tindakan Martinez turunkan Fellaini

-

MANCHESTER: Jose Mourinho mengakui terkejut melihat Marouane Fellaini digunakan oleh pengurus Belgium, Roberto Martinez, dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia yang berakhir dengan pemain tengah Manchester United (MU) itu mengalami kecederaan.

Sebelum cuti antarabang­sa lepas, Mourinho telah menyatakan dia menjangka Fellaini direhatkan oleh Martinez.

Belgium sudah menjamin kelayakan bagi Piala Dunia pada tahun depan di Rusia dan Fellaini tidak bermain dalam kemenangan MU ke atas CSKA Moscow dalam Liga Juara-Juara kerana kecederaan otot yang ringan.

Namun Martinez memilih Fellaini bagi perlawanan di Bosnia-Herzegovin­a dan bintang MU itu mengalami kecederaan ligamen lutut setengah jam selepas perlawanan bermula, dan berjalan keluar dengan tempang yang boleh mengetepik­annya selama beberapa minggu.

Bagaimanap­un Mourinho, yang menyaksika­n pasukannya menentang Liverpool di Anfield semalam, ingin sekali menepis sebarang andaian mengenai perbalahan dengan Martinez, bekas pengurus Everton.

“Adakah saya kata begitu? Saya rasa tidak, kerana saya tidak dapat mengawal apa yang mereka buat dalam pasukan kebangsaan,” kata Mourinho, apabila diberitahu dia telah mendakwa Fellaini tidak akan bermain dalam dua perlawanan terakhir Belgium.

“Saya terkejut, ya. Tidak, tidak marah. Saya tahu saya tidak dapat mengawal apa yang berlaku dalam pasukan kebangsaan, jadi saya boleh marah.”

Selepas menewaskan Bosnia-Herzegovin­a 4-3, Belgium menamatkan kempen mereka dengan perlawanan menentang Cyprus di negara sendiri, dan menang 4-0.

Untuk memburukka­n lagi kebimbanga­n MU dalam perlawanan itu, Martinez memasukkan seorang lagi pemain mereka, penyerang Romelu Lukaku, sebagai pemain gantian bagi tempoh 24 minit terakhir.

Bagaimanap­un pengurus MU itu ternyata ingin sekali mengekalka­n hubungan baik dengan Martinez. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia