Utusan Borneo (Sarawak)

Ligue 1: Monaco tumpas kepada Lyon

Kekalahan itu beri PSG peluang jarakkan diri dengan enam mata di puncak liga

-

PARIS: Tendangan percuma Nabil Fekir pada minit akhir menjamin tiga mata penting bagi Lyon dalam Ligue 1 kelmarin apabila kapten mereka memastikan kemenangan 3-2 di stadium sendiri ke atas juara bertahan, Monaco.

Kekalahan bagi kelab selatan yang menduduki tempat kedua itu memberi peluang kepada Paris Saint-Germain (PSG) untuk mendahului dengan kelebihan enam mata di Dijon semalam.

Lyon, yang kali terakhir memenangi kejuaraan pada 2008, naik ke tempat ketiga selepas dua keputusan seri 3-3 berturut-turut.

Dengan sebelah mata mengintai perlawanan menentang Besiktas dalam Liga Juara-Juara di stadium sendiri pada Rabu ini, Monaco telah merehatkan penyerang penting Radamel Falcao yang sudah menjaringk­an 12 gol dalam lapan perlawanan liga tetapi bermain untuk Colombia pada pertengaha­n minggu ini.

Lyon bermula dengan rancak apabila pemain baharu, Mariano, yang ditandatan­gani dari Real Madrid, nyaris mencuri gol apabila dia diam-diam mendekati Danijel Subasic di atas garisan gol tetapi cubaannya terkena tiang gol.

Namun dia masuk sekali lagi tanpa dikawal untuk menolak masuk bola hantaran lintang oleh Fekir pada minit ke-11 sebelum bintang baharu Monaco, Rony Lopes, menyumbat gol penyamaan yang mengagumka­n dari tepi kotak penalti pada minit ke-17.

Fekir kemudian melengkapk­an satu gerakan cantik oleh Lyon dengan rembatan licik dekat petak penalti pada minit ke-23 sebelum Adama Traore merembat bola kencang ke sudut atas pada minit ke-34 untuk menyamakan kedudukan bagi Monaco.

Babak kedua tidak begitu rancak tetapi memuncak dengan finale mengejutka­n apabila Fekir menjadi mangsa keputusan ofsaid yang tipis pada minit ke-90 sebelum tendangan percumanya yang lewat dari jarak jauh membantu Lyon mencatatka­n kemenangan liga keempat setakat ini.

“Tiga mata itu amat penting. Ia adalah keputusan yang hebat, walaupun mereka tidak ada pemain penting,” kata Fekir kepada televisyen Perancis.

Lopes, pemain Monaco, ingin sekali melupakan perlawanan itu yang mereka mungkin dapat menangi dengan mudah.

“Kami sepatutnya menjaringk­an gol pada separuh masa kedua, ia sentiasa sukar untuk kalah lewat seperti itu, tetapi kami akan melupakann­ya. Kami ada Liga Juara-Juara sekarang,” kata pemain tengah berusia 21 tahun itu.

Monaco tidak dikenali berbanding pasukan yang cemerlang dalam Ligue 1 pada musim lepas setelah kehilangan Kylian Mbappe kepada PSG, Benjamin Mendy dan Bernardo Silva kepada Man City, dan Tiemoue Bakayoko kepada Chelsea.

Namun ramai pemain baharu mereka terutamany­a Lopes, dahulu dari Man City, dan Terence Kongolo dalam pertahanan kelihatan memberangs­angkan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Fekir (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada aksi perlawanan Ligue 1 di antara Lyon dan Monaco di Stadium Groupama, Lyon.
— Gambar Reuters TERBAIK: Fekir (tengah) dikerumuni rakan sepasukan selepas menjaringk­an gol pada aksi perlawanan Ligue 1 di antara Lyon dan Monaco di Stadium Groupama, Lyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia