Utusan Borneo (Sarawak)

Kecederaan jejaskan kempen Del Potro

-

SHANGHAI: Juan Martin del Potro mungkin tidak akan bermain dalam perlawanan separuh akhir kejohanan tenis Shanghai Masters menentang Roger Federer selepas pemain Argentina itu mengalami kecederaan buku lali ketika dia jatuh dengan teruk di atas gelanggang.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Rafael Nadal akan menentang Marin Cilic selepas pemain nombor satu yang hangat itu terpaksa bertungkus- lumus untuk menewaskan Grigor Dimitrov 6-4, 6-7 (4/7), 6-3.

Del Potro, pemain pilihan ke16, bingkas bangun dari lantai dan ketinggala­n satu set untuk menyingkir­kan pemain Serbia, Viktor Troicki 4-6, 6-1, 6-4.

Namun kemenangan itu ternyata mahal dan dia berjumpa dengan doktor selepas perlawanan untuk melihat keseriusan kecederaan pada pergelanga­n tangannya, yang sudah dibedah sebanyak tiga kali dan mengganggu kariernya dengan teruk.

“Saya rasa sesuatu tidak betul pada saat itu tetapi saya terus bermain dengan pukulan cantas untuk cuba menamatkan perlawanan, tetapi sekarang adalah masa untuk melihat imbasan MRI dan juga apa yang doktor katakan,” kata Del Potro, juara Terbuka AS 2009.

“Saya sedikit bimbang tetapi saya tahu bagaimana untuk menangani semua perkara ini kerana saya pernah mengalamin­ya pada masa lalu, tetapi saya akan lihat apa yang doktor sebut sekarang dan kita akan buat keputusan untuk esok.

“Sudah tentulah saya mahu bermain, saya mahu sihat 100 peratus, tetapi kita akan lihat apa yang akan berlaku.”

Federer, legenda Swiss, mara apabila dia mencatatka­n kemenangan mudah 7-5, 6-4 ke atas pemain bukan pilihan dari Perancis, Richard Gasquet.

Federer, pemain pilihan kedua, tidak melepaskan sebarang set sepanjang minggu dan dia serta musuh lama Nadal dijangka akan bertemu.

“Kita harap ia hanya langkah berjaga-jaga lebih daripada perkara lain,” kata Federer apabila dimaklumka­n bahawa Del Potro telah berjumpa dengan doktor untuk menilai kecederaan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? ADUH!!: Del Potro mengerang kesakitan selepas terjatuh semasa aksi perlawanan kejohanan tenis Shanghai Masters menentang Troicki di China.
— Gambar Reuters ADUH!!: Del Potro mengerang kesakitan selepas terjatuh semasa aksi perlawanan kejohanan tenis Shanghai Masters menentang Troicki di China.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia