Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Scotland: Rangers kurangkan jurang mata dengan pendahulu Celtic

-

GLASGOW: Carlos Pena dari Mexico menjaringk­an dua gol untuk membantu Rangers mengurangk­an jurang dengan pendahulu Liga Perdana Scotland Celtic dengan kemenangan 30 ke atas St Johnstone, yang menamatkan perlawanan dengan 10 pemain di McDiarmid Park kelmarin.

Pena membuka jaringan pada minit ke-27 apabila dia menolak masuk bola hantaran lintang oleh James Tavernier.

Kedua- dua pemain yang sama berganding sekali lagi pada minit ke-78 apabila Pena menanduk masuk gol keduanya hanya enam minit sahaja selepas kapten St Johnstone, Steven Anderson, dibuang dari padang bagi kesalahan kedua yang dilayangka­n kad kuning.

Graham Dorrans menjaringk­an gol ketiga pada minit ke-86 untuk menjamin kemenangan yang meletakkan Rangers tiga mata di belakang Aberdeen di tempat kedua dan pendahulu Celtic, yang menerima kunjungan Dundee semalam.

“Kami cuba kembali kepada asas dan saya bukan sahaja gembira kerana menang tetapi juga kerana kami tidak dibolosi gol,” kata pengurus Rangers, Pedro Caixinha.

“Kami lebih teratur dan apabila masanya tiba untuk merebut bola, para pemain telah melakukann­ya.”

Pengurus St Johnstone, Tommy Wright, tidak gembira dengan pertahanan pasukannya.

“Saya kecewa dengan cara kami mempertaha­nkan gol tetapi saya tidak dapat marah dengan mereka kerana saya rasa prestasi mereka bagus,” kata Wright.

“Jumlah tendangan sudut yang kami perolehi, jumlah peluang baik yang kami perolehi; kami cuma tidak dapat menyumbat bola.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia