Utusan Borneo (Sarawak)

Kickalop julang trofi Piala Dr Stephen Rundi

-

BINTULU: Skuad Kickalop dari Kuching muncul juara Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bahagian Bintulu Piala Menteri Utiliti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di sini kelmarin.

Kejuaraan milik Kickalop setelah menundukka­n Murum 4-3 pada perlawanan akhir melalui penentuan sepak penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 masa penuh perlawanan.

Kickalop membawa pulang hadiah Piala Pusingan Dato Sri Dr Stephen Rundi, wang tunai RM1,500, piala iringan dan medal.

Manakala Murum selaku naib juara menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala dan medal.

Penentuan tempat ketiga dan keempat menyaksika­n Samalaju FC menewaskan Akademi Kemena juga melalui sepakan penalti 4-3 setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Tempat ketiga dan keempat masing- masing menerima hadiah wang tunai RM700 dan RM500 serta piala dan medal.

Hadiah-hadiah pemenang disampaika­n Menteri Utiliti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom pada majlis penutupan malam kelmarin.

Sebanyak 16 perlawanan diadakan untuk lapan pasukan bersaing kejohanan memasuki peringkat akhir itu bermula Selasa (10 Oktober) lalu hingga Jumaat (13 Oktober).

Beberapa anugerah lain turut disampaika­n menyaksika­n Mohd Hilmi Morni (Akademi Kemena) dinobatkan penjaring terbanyak.

Richie Siang (Murum) meraih anugerah pemain terbaik dan penjaga gol terbaik menjadi milik Awang Shafiq Izwan dari Kickalop Kuching.

Kejohanan anjuran FAS dan BiFA itu turut mendapat penajaan dan sokongan Sarawak Energy, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Lea Sports Centre (LSC), Press Metal Bintulu Sdn Bhd, Sarawak Sport Corporatio­n, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), bola rasmi Adidas dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia