Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching FA memulakan pencarian pemain baharu November depan

-

KUCHING: Skuad Kuching FA akan memulakan pencarian pemain-pemain baharu pada November depan sebagai persiapan menghadapi kempen bola sepak Liga Malaysia musim 2018.

Pengurus Pasukan, Fazzrudin Abdul Rahman berkata Kuching FA perlu tampil lebih mantap pada tahun depan untuk memberi cabaran pada dua kejohanan besar iaitu Piala FA 2018 dan Piala FAM 2018.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu menjelaska­n menggunaka­n kejohanan Piala Sarawak 2017 dan Piala Belia 2017 sebagai landasan mencari pemain-pemain baharu berpotensi untuk diserapkan dalam skuadnya nanti.

“Kita akan membentuk skuad lebih mantap untuk bersaing pada kempen Piala FAM tahun depan. Selain itu, kita juga perlu bersedia menghadapi Piala FA di mana Kuching FA sah akan turut serta.

“Pada masa sama, Kuching FA juga akan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Suwon FC dan Yayasan Park Ji Sung untuk meningkatk­an kualiti pemain-pemain,” katanya di sini semalam.

Fazzrudin berkata, beliau tetap berpuas hati dengan pencapaian skuad itu pada kempen Piala FAM 2017 meskipun sekadar menamatkan saingan pada peringkat suku akhir.

Bagaimanap­un, beliau akui banyak kelemahan pemainpema­in skuad itu perlu diperbaiki membolehka­n mereka muncul pencabar utama bagi merebut kejuaraan pada musim depan.

“Secara keseluruha­n saya amat berpuas hati, tetapi kita juga harus mengatasi kelemahan dari segi pendedahan sebagai satu pasukan yang mampu bertanding di peringkat lebih tinggi. Perancanga­n kita adalah menggabung­kan pemain-pemain muda bersama pemain-pemain berpengala­man,” katanya.

Kuching FA tersingkir daripada kempen Piala FAM 2017 selepas tewas 2-1 secara agregat kepada UKM FC pada peringkat suku akhir.

 ??  ?? JUARA: Dr Rundi (tiga kanan) menyampaik­an hadiah piala pusingan kepada wakil skuad Kickalop muncul juara Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bintulu.
JUARA: Dr Rundi (tiga kanan) menyampaik­an hadiah piala pusingan kepada wakil skuad Kickalop muncul juara Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia