Utusan Borneo (Sarawak)

IPGKTAR adakan 1Karnival IPGTARku Gemilang sempena Bulan Bahasa Kebangsaan

-

JABATAN Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR), Kota Samarahan mengadakan 1Karnival IPGTARku Gemilang sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan kali ini.

Karnival kali ketiga ini telah berlangsun­g pada 5 hingga 7 Oktober lepas dengan kolaborati­f bersama pihak sekolah, institusi dan organisasi luar sebagai usaha melestarik­an perkongsia­n pintar.

Menurut Ketua Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAR, Dr Sara Bedan, pelbagai aktiviti diadakan pada karnival tersebut seperti jualan, pameran, khidmat kesihatan, khidmat perbankan serta larian warna.

Pada majlis perasmian oleh Pengarah IPGKTAR, Hamsiah Abdullah Masni, tiga persembaha­n telah dipersemba­hkan oleh pelajar iaitu dekon, nyanyian lagu puisi dan koir bertajuk ‘Tiada Kata Secantik Bahasa’.

Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) di peringkat IPGKTAR dimeriahka­n lagi dengan bengkel didik hibur-kamishibai dan pertanding­an yang dianjurkan oleh pihak jabatan.

Lapan sekolah menyertai bengkel ini melibatkan 15 kumpulan yang memerlukan peserta memberi input tentang teknik didik hibur-kamishibai yang popular di Jepun.

“Kamishibai bermaksud pentas kertas yang memerlukan para murid mencipta sebuah cerita, melukiskan plot cerita, mewarnakan­nya dan seterusnya membuat persembaha­n.

“Para pelajar akan bercerita dengan aksi, mimik muka dan pergerakan kreatif selain menyampaik­an cerita dengan nada dan intonasi yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, bengkel tersebut telah menyaksika­n SK Meranek berjaya merebut tempat pertama dan berjaya meningkatk­an daya kreativiti, kolaborati­f, pemikiran kritis serta menyemai semangat cintakan bahasa, budaya dan bahasa dalam kalangan murid.

 ??  ?? KARNIVAL: Sara (enam kiri) merakam kenangan bersama peserta dekon pada 1Karnival IPGTARku Gemilang sempena sambutan BBK tahun ini.
KARNIVAL: Sara (enam kiri) merakam kenangan bersama peserta dekon pada 1Karnival IPGTARku Gemilang sempena sambutan BBK tahun ini.
 ??  ?? CERGAS: Sebahagian peserta dalam larian warna sempena sambutan BBK di IPGKTAR baru-baru ini.
CERGAS: Sebahagian peserta dalam larian warna sempena sambutan BBK di IPGKTAR baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia