Utusan Borneo (Sarawak)

Akan ditayangka­n di festival filem

- Oleh Khairdzir Md Yunus

FILEM ‘Adiwiraku’ (My Superheroe­s) yang memenangi tiga anugerah pada Festival Filem Malaysia Ke-29 barubaru ini akan ditayangka­n pada Festival Filem Antarabang­sa Tokyo Ke30 (TIFF 2017), bulan ini.

Ini dimaklumka­n dalam laman web rasmi TIFF 2017.

‘Adiwiraku’ memenangi hadiah utama Filem Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-29 yang berlangsun­g di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu malam, 23 September lepas.

Drama itu yang diterbitka­n dan diarahkan oleh Eric Ong, berdasarka­n kisah benar pelajar SMK Pinang Tunggal di Baling, kawasan luar bandar di Kedah.

“Sangeeta Krishnasam­y memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi wataknya sebagai guru, Cheryl yang dihantar bertugas ke sebuah sekolah di kawasan luar bandar untuk memberi dorongan kepada pelajarnya mengambil bahagian dalam pertanding­an Bicara Berirama dalam bahasa Inggeris.

Penerbit eksekutif dan penulis layarnya, Jason Chong memenangi anugerah Cerita Asal Terbaik.

TIFF 2017 dari 23 Oktober hingga 3 November akan berlangsun­g di Teater Rappongi di Tokyo, menghimpun­kan ribuan penerbit filem, peminat filem, profesiona­l, pelajar serta golongan perniagaan dan pembeli kandungan daripada seluruh dunia pada acara tahunan berprestij itu.

Tahun ini merupakan edisi ke-30 TIFF, satusatuny­a festival filem Jepun yang diiktiraf Persekutua­n Persatuan Penerbit Filem Antarabang­sa.

TIFF 2017 membabitka­n pertanding­an bagi pelbagai kategori, mempelawa penyertaan daripada seluruh dunia seperti Pertanding­an Rasmi (Antarabang­sa, Antarabang­sa Asia, Jepun), Pertanding­an Selamatkan Bumi! yang bertemakan alam sekitar, Pertanding­an Muzik Video (MV) yang mewakili MV rasmi dan unik dari seluruh dunia dan Pertanding­an Animasi CG.

 ?? — Gambar AFP ?? Penyanyi dan pelakon Korea Selatan Choi Min-Ho melambai ke arah peminat semasa tiba untuk majlis pembukaan Festival Filem Antarabang­sa Busan (BIFF) yang diadakan di Pusat Pawagam Busan pada Khamis. BIFF 2017 akan menayangka­n lebih kurang 300 filem dari...
— Gambar AFP Penyanyi dan pelakon Korea Selatan Choi Min-Ho melambai ke arah peminat semasa tiba untuk majlis pembukaan Festival Filem Antarabang­sa Busan (BIFF) yang diadakan di Pusat Pawagam Busan pada Khamis. BIFF 2017 akan menayangka­n lebih kurang 300 filem dari...
 ??  ??
 ??  ?? PELAKON WANITA TERBAIK: Sangeeta Krishnasam­y memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-29 baru-baru ini bagi wataknya sebagai guru, Cheryl yang dihantar bertugas ke sebuah sekolah di kawasan luar bandar.
PELAKON WANITA TERBAIK: Sangeeta Krishnasam­y memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-29 baru-baru ini bagi wataknya sebagai guru, Cheryl yang dihantar bertugas ke sebuah sekolah di kawasan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia