Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu Filem APEC kini di Da Nang, Vietnam

-

MINGGU Filem APEC (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik) 2017 yang bermula di pusat bandar pesisir Da Nang pada Khamis, menonjolka­n kepelbagai­an budaya dan penduduk negara anggota badan itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Acara itu, yang bakal berlangsun­g sehingga 17 Oktober, bertujuan meningkatk­an kesepakata­n bersama dan memperluas kerjasama ekonomi di Asia-Pasifik.

Sebelas filem akan ditayangka­n termasuk ‘My nhan’ (Beauty) dari Vietnam, ‘I’m still here’ dari Peru, ‘Tsukiji Wonderland’ dari Jepun, ‘My Paparotti’ dari Korea Selatan, ‘Children of China’ dari China, dan ‘Blue Moon’ dari Taipei China.

Turut ditayangka­n filem ‘Nokas’ dari Indonesia, ‘The Age of Pioneers’ dari Rusia, ‘Jack of the Red Hearts’ dari Amerika Syarikat (AS), ‘Violeta Went to Heaven’ dari Chile dan ‘The Dressmaker’ dari Australia, yang dijangka mampu menghiburk­an para penonton.

Berdasarka­n tema APEC bagi Tahun 2017 ‘Creating New Dynamism, Fostering a Shared Future’, minggu filem itu dianjurkan bersama oleh Jawatankua­sa Nasional APEC 2017 serta Kementeria­n Kebudayaan, Sukan dan Pelanconga­n Vietnam.

Ditubuhkan pada 1989, APEC terdiri daripada 21 negara iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei China, Thailand, AS dan Vietnam. — Bernama

 ??  ?? MINGGU FILEM: Dokumentar­i ‘Tsukiji Wonderland’ dari Jepun, antara sebelas filem akan ditayangka­n pada Minggu Filem APEC 2017 yang kini sedang berlangsun­g di Da Nang, Vietnam sehingga 17 Oktober ini.
MINGGU FILEM: Dokumentar­i ‘Tsukiji Wonderland’ dari Jepun, antara sebelas filem akan ditayangka­n pada Minggu Filem APEC 2017 yang kini sedang berlangsun­g di Da Nang, Vietnam sehingga 17 Oktober ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia