Utusan Borneo (Sarawak)

‘Teh Tarik Che Ta 3’ undang lebih ramai selebriti terkenal di TV1

-

IA bukan teh tarik biasa, tapi minuman yang pekat dan ‘kaw’ juga diseimbang­kan dengan rasa susu serta ditarik bagi mengeluark­an buih yang berkrim ini dihasilkan sendiri oleh selebriti popular Che Ta untuk dihidangka­n kepada artis undangan.

Tarikan ini diteruskan dalam program ‘Teh Tarik Che Ta musim ketiga’ yang mula menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada hari ini (15 Oktober 2017), jam 12.30 tengah hari di TV1.

Untuk musim terbaharu ini, episod telah dipanjangk­an daripada 13 episod ke 26 episod yang pastinya mengundang­kan ramai lagi selebriti tanah air berkongsi warna warni suka duka penglibata­n dan pengalaman mereka sepanjang bergelar artis.

Tiga segmen dirangkumk­an dalam setengah jam siarannya ini berkongsi ‘mengupas’ kisah zaman kegemilang­an, perkembang­an terbaharu dan seterusnya penonton berpeluang menyaksika­n secara santai artis undangan pilihan mempersemb­ahkan lagu yang pernah mempopular­kan mereka dalam industri muzik tanah air diiringi pemuzik jemputan.

Memilih lokasi Hotel Maya Kuala Lumpur, antara artis terkenal yang ditemubual Che Ta iaitu Fauziah Latif, Ameng Spring, Liza Hanim, Amir Ukays, ND Lala, Nizam Laksamana, Maya Matahari, Zamani Slam, Shidee, dan Kumpulan Sweetchild.

Sembang santai Che Ta musim terbaharu yang mengekalka­n pengarah Yusmal Ghazali terbitan Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd ini bermula dengan tetamu undangan istimewa artis yang merupakan idola Che Ta dalam industri iaitu Fauziah Latiff.

Ia mengimbau memori ketika masa awal penglibata­nnya sebagai artis, keadaan terkini dan juga perancanga­n pada masa hadapan beliau.

Che Ta menjamu Fauziah Latiff dan beberapa orang penonton undangan dengan teh tarik yang dibancuh dan ditarik sendiri oleh Che Ta semasa mereka bersembang.

Pelbagai kisah berkaitan dengan konsert, album serta pengalaman lain dikongsi oleh Fauziah tentang penglibata­nnya sebagai penyanyi. Beliau mengakhiri rancangan dengan menyanyika­n lagu ‘Dia’ sebagai hiburan kepada semua.

Seterusnya Che Ta mengundang Ameng Spring sebagai tetamu program ini. Temu bual secara santai dilakukan dengan menghirup teh tarik Che Ta sambil mengimbau sejarah awal penglibata­n Ameng dalam dunia nyanyian.

Beliau juga menyentuh kisah hitam dalam hidupnya yang dipenjarak­an selama 8 tahun dengan 10 kali sebatan kerana terlibat dengan dadah.

Antara kisah lain yang dikongsi bersama ialah berkaitan dengan album, keluarga serta perkembang­an terkini Ameng dalam industri. Lagu ‘Sejujur Mana KataKata’ yang didendangk­an secara langsung oleh Ameng menutup episod tersebut.

Penonton yang merindui kelibat artis seterusnya iaitu Liza Hanim, salah seorang peserta program realiti Gegar Vaganza musim baharu, usah ketinggala­n menyaksika­n episod tiga program ini.

Che Ta dan Liza Hanim meluangkan masa berbual santai tentang kisah hidup dan perjalanan karier beliau dalam episod kali ini.

Ia mengimbau memori ketika masa awal penglibata­nnya sebagai penyanyi, keadaan terkini dan juga perancanga­n pada masa hadapan beliau.

Menariknya seperti biasa Che Ta menjamu Liza dengan teh tarik yang dibancuh dan ditarik sendiri semasa mereka bersembang.

Pelbagai kisah berkaitan dengan anugerah, album, kisah percintaan dengan Shah Indigo sebelum mereka berkahwin serta pengalaman lain dikongsi oleh Liza tentang penglibata­nnya sebagai penyanyi. Liza mengakhiri rancangan dengan menyanyika­n dua lagu bertajuk ‘Gelisah Mimpi’ dan ‘I Will Always Love You’ sebagai hiburan.

Kemunculan artis serba boleh sebagai penyanyi, pengacara, pelakon dan pelawak iaitu ND Lala pastinya turut mengubat kerinduan peminat beliau.

Temu bual secara santai dilakukan sambil menghirup teh tarik Che Ta sambil mengimbau sejarah awal penglibata­n ND Lala yang bermula dalam bidang lakonan.

Beliau juga berkongsi tips untuk kekal dalam industri seni yang telah beliau ceburi selama 35

 ??  ?? TETAMU: Ameng Spring antara tetamu ‘Teh Tarik Che Ta 3’ di Tv1. ROZITA CHE WAN
TETAMU: Ameng Spring antara tetamu ‘Teh Tarik Che Ta 3’ di Tv1. ROZITA CHE WAN
 ??  ?? Che Ta bersama tetamu Nizam Laksamana. Che Ta bersama tetamu Amir Ukays.
Che Ta bersama tetamu Nizam Laksamana. Che Ta bersama tetamu Amir Ukays.
 ??  ?? TEMUBUAL EKSKLUSIF: Che Ta menemubual Zamani Slam.
TEMUBUAL EKSKLUSIF: Che Ta menemubual Zamani Slam.
 ??  ??
 ??  ?? Che Ta bersama Kumpulan Sweetchild.
Che Ta bersama Kumpulan Sweetchild.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia