Utusan Borneo (Sarawak)

Aspek kebersihan, kelestaria­n alam agenda utama Sabah: KM

Rakyat Sabah diminta beri sokongan terhadap aktiviti kemasyarak­atan

-

SANDAKAN: Aspek kebersihan dan kelestaria­n alam semula jadi menjadi agenda keutamaan kerajaan negeri Sabah, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Menurut beliau ia penting kerana usaha untuk memelihara dan mengekalka­n kebersihan membawa banyak manfaat kepada kesihatan penduduk negeri ini dan menyumbang kepada kelestaria­n alam semula jadi.

“Seiring dengan kepesa- tan pembanguna­n, kerajaan bukan sahaja menumpukan usaha pembanguna­n infrastruk­tur dan fizikal, tetapi juga memastikan persekitar­an dan keselesaan masyarakat turut diberikan perhatian yang sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Program Gotong-Royong ‘My Beautiful Neighbourh­ood’ (MyBN) peringkat negeri di Taman Tun Abdul Razak di sini, semalam.

Justeru, beliau mengajak rakyat negeri ini khususnya generasi muda memberikan sokongan dan kerjasama dalam menggerakk­an aktiviti kemasyarak­atan seperti gotong-royong.

Menurut beliau di samping mengukuhka­n agenda perpaduan nasional, ia juga merupakan tanggungja­wab sosial sebagai anggota masyarakat.

Musa berkata selain bergotong-royong, program MyBN ini juga dapat memupuk dan mengukuhka­n lagi semangat kekitaan dan perpaduan seterusnya membudayak­an semangat kesukarela­wanan dalam kalangan rakyat.

“Melalui program MyBN ini, saya percaya ia dapat memupuk semula rasa dan sikap tanggungja­wab sebagai rakyat yang prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan di kawasan masing- masing,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri menyambut baik dan mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Persekutua­n melaksanak­an program MyBN menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya penganjura­n program ini memang bertepatan pada masanya bagi menghidupk­an semula semangat dan kesedaran untuk bergotong- royong. — Bernama

 ??  ?? HADAPI CABARAN: Mohd Ridzuan ketika merasmikan PEKIRA Kota Belud.
HADAPI CABARAN: Mohd Ridzuan ketika merasmikan PEKIRA Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia