Utusan Borneo (Sarawak)

Suasana seram kembali menyelubun­gi Imago Mall

-

KOTA KINABALU: Misteri hallowen kembali menghantui pengunjung di Imago Mall sepanjang Oktober ini.

Bermula pada 13-31 Oktober, pengunjung boleh merasai pengalaman menyeramka­n di ‘Taman Permainan’ yang menempatka­n rumah berhantu dan ruang permainan khas untuk kanak-kanak pada setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 9.30 malam.

Terdapat dua bahagian pada tahun ini, iaitu rumah berhantu untuk orang dewasa berusia 16 tahun dan ke atas serta ruang permainan untuk remaja dan kanak-kanak bagi mereka yang berusia 15 tahun ke bawah.

Sebelum ini, rumah berhantu bertemakan ‘The Infirmary’ yang berkonsepk­an rumah menempatka­n pesakit (2015) serta ‘The Reformator­y’ yang berkonsepk­an penjara (2016) hanya membenarka­n orang dewasa untuk memasuki kawasan rumah berhantu itu.

Namun pada tahun ini, kelainan dilakukan dengan membenarka­n kanak-kanak memasuki ruang di Taman Permainan itu bagi menyertai permainan yang disediakan khas buat mereka.

Pemangku Pengurus Pemasaran Syarikat Kapasi Sdn Bhd (anak syarikat Asian Pac Holdings Berhad) Rustam Ahmad berkata, program tahunan yang diadakan pada Oktober ini dilihat berjaya menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke pusat beli-belah itu.

Atas sebab itulah tradisi sambutan hallowen ini diteruskan pada tahun ini dengan menyasarka­n kira-kira 3,000 hingga 4,000 pengunjung untuk merasai pengalaman mendebarka­n dan menyeramka­n di taman permainan berkenaan.

“Rumah berhantu di taman permainan ini menceritak­an kisah bagaimana seorang lelaki menarik minat kanakkanak untuk masuk ke dalam rumah berkenaan. Ia bagi membolehka­nnya meminum darah kanak- kanak yang dibunuh supaya dia boleh kekal muda.

“Karakter utama pada tahun ini adalah satu pasangan kanak-kanak kembar yang hilang sebaik sahaja memasuki rumah berkenaan. Maka, pengunjung yang masuk ke dalam rumah itu diberi tugasan untuk mengenal pasti sama ada kembar itu masih hidup ataupun sudah mati,” katanya ketika ditemui semasa lawatan bersama media di Taman Permainan Imago, di sini pada Jumaat.

Rustam, yang juga Pegawai Pemasaran Imago berharap masyarakat sekitar bandar raya dan pelancong yang berkunjung ke Imago tidak melepaskan peluang ini.

Menurutnya pelanggan hanya perlu membelanja­kan RM50 di mana-mana outlet di Imago. Setiap resit tunggal membolehka­n peserta memasuki rumah berkenaan. Resit yang digunakan untuk menebus tiket hendaklah pada hari yang sama.

 ??  ?? MARI KUNJUNGI: Rustam (berdiri, empat kiri) bersama kakitangan pengurusan Imago Mall semasa pembukaan ‘Taman Permainan’ yang bermula pada Jumaat.
MARI KUNJUNGI: Rustam (berdiri, empat kiri) bersama kakitangan pengurusan Imago Mall semasa pembukaan ‘Taman Permainan’ yang bermula pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia