Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga gereja terima bantuan kewangan

-

SANDAKAN: Sebanyak tiga gereja di Beluran dan Telupid menerima bantuan kewangan berjumlah RM450,000 daripada kerajaan yang disampaika­n oleh Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Gerejaberk­enaanadala­hSaint Andrew Beluran menerima bantuan kewangan berjumlah RM200,000, RTDS-Katholik Mission Telupid (RM150,000) dan Gereja BCCM Murok Kampung Bauto Telupid (RM100,000),

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menyampaik­an cek bantuan kewangan itu kepada wakil setiap gereja berkenaan dalam satu majlis di sini, pada Khamis.

Gereja Saint Andrew Beluran diwakili Paderi Penguasa Arun Kuak, RTDS Katholik Mission Telupid diwakili Joseph Sulam dan gereja BCCM Kampung Bauto Telupid diwakili Pengerusin­ya Diris Saat.

Ronald berkata pemberian bantuan kewangan itu merupakan usaha beliau bagi memenuhi keperluan rumah ibadat di sekitar kawasan Parlimen Beluran.

Katanya peruntukan bantuan kewangan untuk tiga gereja daripada kerajaan itu beliau usahakan dengan berjumpa secara terus dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Menurutnya ini membuktika­n pemimpin di peringkat Persekutua­n peka dengan keperluan rumah ibadat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beluran.

“Ini juga menunjukka­n kerajaan tidak mengetepik­an dan mengabaika­n aspek keagamaan di negeri ini,” katanya.

Menurutnya sebanyak 15 gereja baharu telah dibina di kawasan Parlimen Beluran bagi memenuhi keperluan keagamaan rakyat di kawasan itu.

Ronald berkata usaha untuk mendapatka­n peruntukan daripada Kerajaan Persekutua­n akan beliau teruskan kerana masih ada kampung yang memerlukan gereja baharu atau naik taraf.

Sementara itu, Paderi Penguasa Gereja Saint Andrew Beluran Arun Kuak berkata pemberian bantuan kewangan itu sungguh bermakna dan bukti keprihatin­an kerajaan terhadap keperluan badan keagamaan dan gereja khususnya di kawasan Parlimen Beluran.

Katanya bantuan kewangan itu akan digunakan untuk pembinaan gereja baharu di Kampung Rampek.

Beliau berkata usaha Ronald mendapatka­n peruntukan untuk pembinaan gereja baharu di Kampung Rampek dan untuk dua gereja lagi menunjukka­n inisiatif wakil rakyat itu bagi memenuhi keperluan rakyat.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Beluran Samad Jambri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia