Utusan Borneo (Sarawak)

3 lagi PKS disenarai di pasaran LEAP Bursa

Pelabur di LEAP mesti memiliki wang, aset bersih bernilai tinggi dan mahu ambil risiko

-

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya tiga lagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka disenarai di pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) Bursa Malaysia Bhd menjelang akhir tahun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Datuk Seri Tajuddin Atan.

Beliau berkata susulan penyenarai­an syarikat penyelesai­an teknologi maklumat Singapura, Cloudaron Group Bhd, di pasaran itu baru-baru ini, Bursa Malaysia mendapati calon lain belum bersedia untuk ikut serta.

“Masih ada beberapa isu yang perlu ditangani oleh syarikat- syarikat terbabit sebelum disenarai.

Penyenarai­an bukan sekadar menjalanka­n perniagaan. Mereka perlu menyusun perniagaan dan tangani perkara seperti struktur syarikat dan urusan berkaitan percukaian,” katanya.

LEAP yang dilancarka­n tiga bulan lepas, merupakan platform alternatif bagi PKS untuk meningkatk­an modal walaupun tidak mempunyai rekod prestasi kewangan.

Setakat ini, 11 PKS dikatakan merancang penyenarai­an masing-masing.

Mengulas mengenai pelabur bagi pasaran LEAP, Tajuddin berkata mereka mengetahui risiko yang perlu dihadapi, serta hakikat ia bukan untuk pelabur institusi.

“Kumpulan Wang Persaraan ( Diperbadan­kan) (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Bhd atau syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), tidak sepatutnya melabur dalam pasaran LEAP kerana mereka merupakan penjaga dana awam.

“Oleh itu, mereka yang ingin melabur di sini (LEAP) mesti memiliki wang, mempunyai aset bersih yang bernilai tinggi dan mahu mengambil sedikit risiko,” katanya kepada pemberita di luar acara Anugerah Terbaik Kurang Daripada satu Bilion Fokus Malaysia 2017 di sini malam kelmarin.

Beliau berkata pelabur di pasaran ini juga bijak dalam pelaburan, mereka yang telah melabur sebelum ini dan tahu mereka boleh membuat lebih banyak (wang), selain mengetahui tiada perlindung­an pelabur, PKS mewakili 98.5 peratus daripada organisasi perniagaan di Malaysia.

Sementara itu, Anugerah Terbaik Bawah Satu Bilion 2017 bertujuan mengiktira­f syarikat tempatan yang mempamerka­n prestasi mengagumka­n. — Bernama KUALA LUMPUR: MMode Bhd bercadang mempelbaga­ikan operasinya ke dalam perniagaan pembinaan bagi memperoleh sumber pendapatan tambahan dan meningkatk­an prospek masa depannya.

Cadangan pempelbaga­ian itu akan melibatkan usaha menyiapkan baki pembinaan projek kediaman H2O di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, bagi kontrak berjumlah RM180 juta, kata syarikat tersebut.

Projek tersebut terdiri daripada tiga blok pangsapuri berperkhid­matan setinggi 15 tingkat, satu blok pejabat kecil 15 tingkat, pejabat rumah dan rumah kelab setingkat di atas podium tujuh tingkat.

Dalam makluman kepada kepada Bursa Malaysia kelmarin, M- Mode berkata kumpulan itu akan menjual sekurang-kurangnya 25 peratus daripada aset bersihnya bagi memulakan perniagaan pembinaan.

“Lembaga pengarah menjangka perniagaan pembinaan berpotensi menyumbang sekurang-kurangnya 25 peratus kepada keuntungan bersih kumpulan.

“Sehubungan itu, lembaga bercadang mendapatka­n kelulusan pemegang saham bagi cadangan pempelbaga­ian tersebut pada mesyuarat agung luar biasa yang akan diadakan,” kata syarikat berkenaan.

M-Mode ketika ini terlibat dalam pegangan pelaburan, menyediaka­n kandungan mudah alih, perkhidmat­an aplikasi data, penerbitan dan pengedaran majalah, serta bertindak sebagai ejen iklan media. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia