Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE sasar nilai eksport RM40 bilion produk gaya hidup tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menyasarka­n nilai eksport produk gaya hidup tahun ini melepasi RM40 bilion yang direkodkan tahun lepas.

Pengarah Bahagian Gaya Hidup MATRADE Abu Bakar Yusof berkata trend pengekspor­tan produk tersebut sepanjang lapan bulan pertama tahun ini mencatatka­n peningkata­n lima hingga 10 peratus iaitu hampir RM26 bilion, dan yakin mampu melepasi pendapatan tahun lepas.

“Produk tekstil, fesyen dan aksesori merupakan produk paling banyak menyumbang kepada industri gaya hidup, dengan menyumbang kira- kira RM14 bilion daripada keseluruha­n pulangan tahun lepas.

“Pasaran utama bagi kesemua produk ini ialah Amerika Syarikat, Australia, Jepun, dan negara di Asia dan Timur Tengah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran kerjasama antara syarikat Malaysia Biji Biji Ethical Fashion ( Biji- biji) dan syarikat Jepun Nakakoma Orimono di Publika, di sini kelmarin.

Kerjasama tersebut bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia dan Jepun, disokong oleh MATRADE.

Sementara itu, Ketua Biji-biji Norashaher­a Haleem berkata kerjasama dengan syarikat Jepun itu bertujuan mereka pakaian dan beg baharu daripada koleksi kimono lama eksklusif dari Nakakoma Orimono.

“Kerjasama ini merupakan contoh inovasi baharu dan penambahba­ikan dari segi produk fesyen,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia