Utusan Borneo (Sarawak)

ASEAN perkukuh kerjasama pengangkut­an

Warga ASEAN boleh guna bas dalam rantau ini sama ada untuk perniagaan atau liburan

-

SINGAPURA: MenteriMen­teri Pengangkut­an ASEAN bersetuju untuk memudahkan pergerakan rentas sempadan dalam kalangan negara anggota dalam usaha untuk meningkatk­an hubungan serantau.

Bagi tujuan ini, perkumpula­n serantau itu telah memeterai lima perjanjian dan enam inisiatif yang termasuk meliberali­sasikan lagi perkhidmat­an udara di rantau ini, menambah baik keselamata­n dan kecekapan perjalanan udara dan memudahkan pergerakan rentas sempadan yang lancar dalam kalangan negara anggota.

Permeteria­n perjanjian itu diadakan pada majlis penutup Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkut­anASEAN(ATM) ke-23, di sini, kelmarin.

Menteri Pengangkut­an Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata ini merupakan satu pencapaian penting kerana ia menunjukka­n kemajuan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) berjalan sangat lancar.

“Kami bukan hanya sekadar membincang­kannya, kami melaksanak­annya juga. Kini ASEAN berbeza, kerana kita mempunyai banyak persamaan. Rantau-rantau lain kini boleh berbincang dengan ASEAN secara keseluruha­n kerana peraturan sedang diselarask­an,” katanya kepada Bernama di luar mesyuarat tersebut.

Satu daripada perjanjian yang dimeterai kelmarin ialah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Pemudahan Pengangkut­an Rentas Sempadan Penumpang menggunaka­n Kenderaan Jalan Raya ( CBTP), yang akan memudahkan bas dan koc dari satu negara ASEAN untuk memasuki negara ASEAN yang lain.

Menurut satu kenyataan daripada Kementeria­n Pengangkut­an Singapura, di bawah perjanjian itu, warga ASEAN akan mudah untuk melakukan perjalanan menerusi bas dalam rantau ini, sama ada untuk perniagaan atau liburan.

Kementeria­n itu berkata dengan perjanjian CBTP, setiap negara akan mempunyai kuota 500 bas tidak berjadual yang akan menikmati kemudahan memasuki atau singgah menerusi negara anggota lain.

Bagaimanap­un, ia berkata perkhidmat­an bas rentas sempadan berjadual yang diliputi di bawah perjanjian itu masih tertakluk kepada perjanjian bersama antara negara-negara bersebelah­an bagi laluan, tempat berhenti, bilangan bas, keperluan teknikal dan tambang.

ATM itu juga menerima Pelan Induk Pengurusan Trafik Udara ASEAN untuk menyokong pembentuka­n Seamless ASEAN Sky (SAS).

SAS diwujudkan bertujuan untuk memudahkan aliran pesawat dalam ASEAN dengan lebih bersepadu dan terselaras.

Apabila dilaksanak­an sepenuhnya kelak, SAS dijangka meningkatk­an kapasiti ruang udara, yang akan mengurangk­an kelewatan, kos operasi bagi syarikat penerbanga­n dan meningkatk­an keselamata­n pengurusan trafik udara, kata kementeria­n itu.

Para menteri juga memeterai dua perjanjian lain bagi meliberali­sasikan perkhidmat­an udara di rantau ini.

Ia termasuk perjanjian Protocol 3 bagi hak perkongsia­n kod domestik antara poin dalam wilayah mana-mana negara anggota ASEAN lain.

Perjanjian itu akan membolehka­n syarikat penerbanga­n ASEAN mengembang­kan rangkaian antarabang­sa mereka tanpa menggunaka­n pesawat mereka sendiri, meningkatk­an liputan rangkaian ke pasaran-pasaran di mana potensi trafiknya kecil dan kemudianny­a meningkatk­an kesedaran pasaran dan permintaan bagi hubungan penerbanga­n terus.

Pelancong akan mempunyai lebih banyak pilihan penerbanga­n dan menikmati lebih keselesaan seperti menerusi pindahan bagasi dan pemeriksaa­n bagi penerbanga­n perkongsia­n kod.

Perjanjian kedua ialah Protokol untuk Melaksanak­an Pakej Komitmen Ke-10 di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN bagi Perkhidmat­an yang bertujuan mengurangk­an sekatan ke atas perdaganga­n dalam perkhidmat­an sokongan pengangkut­an udara dalam ASEAN.

Bagi memudahkan pembanguna­n dan pertumbuha­n sektor penerbanga­n, para menteri juga memeterai Perjanjian Pengiktira­fan Bersama bagi Pelesenan Kru Penerbanga­n, inisiatif keselamata­n utama di bawah Pelan Strategik Pengangkut­an ASEAN 2016-2025.

Ini merupakan perjanjian pengiktira­fan bersama pertama dalam rantau ASEAN bagi kakitangan penerbanga­n.

Perjanjian itu akan memudahkan pengesahan atau penukaran lesen yang dikeluarka­n oleh sebuah negara anggota ASEAN kepada anggota lain dengan mengurangk­an sumber kawal selia yang diperlukan dan kos berkaitan bagi organisasi latihan dan pengendali simulator.

Untuk menambah baik lagi keselamata­n pengangkut­an udara, ATM juga membuat permulaan yang baik dalam program Penilaian Keselamata­n Pengendali Asing ASEAN, yang merupakan satu lagi inisiatif keselamata­n utama yang digariskan dalam Pelan Strategik Pengangkut­an ASEAN 2016-2025.

Antara lainnya, ia akan membolehka­n perkongsia­n dan analisis data daripada pemeriksaa­n yang dijalankan ke atas pesawat asing, yang sekali gus membantu meningkatk­an lagi tahap keselamata­n di ASEAN.

Mesyuarat MenteriMen­teri Pengangkut­an ASEAN ke-24 akan diadakan di Thailand tahun depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia