Utusan Borneo (Sarawak)

SIRIM agih RM20 juta kepada 150 PKS menerusi program kerjasama Fraunhofer

-

KUALA LUMPUR: SIRIM Bhd mengagihka­n dana sejumlah RM20 juta kepada 150 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi program SIRIM-Fraunhofer bagi 2017.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM, Prof Ir Dr Ahmad Fadzil Mohamad Hani berkata kerjasama dengan Institut Fraunhofer, Jerman tersebut akan membolehka­n syarikat PKS terbabit meningkatk­an pengeluara­n dengan menggunaka­n elemen teknologi baharu.

Beliau berkata, 80 peratus daripada dana yang diberikan itu adalah peruntukan kerajaan melalui SIRIM manakala 20 peratus lagi disediakan oleh PKS dan ia diberikan berdasarka­n keperluan PKS yang terdiri daripada sektor makanan dan minuman, teknologi dan inovasi, serta alam sekitar.

“Program ini sangat berjaya, ada antara syarikat telah berjaya menembusi pasaran antarabang­sa dan produktivi­ti mereka juga dapat ditingkatk­an selepas menyertai program ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaa­n program SIRIM-Fraunhofer dan majis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di sini, kelmarin.

Majlis tersebut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang turut menyaksika­n penandatan­ganan MoU itu.

Ahmad Fadzil berkata, sejak diperkenal­kan pada 2015, sebanyak 472 syarikat PKS telah menjalani audit teknologi menerusi program tersebut.

“Daripada jumlah itu sebanyak 337 syarikat telah menjalani pelbagai tahap pelaksanaa­n projek intervensi melalui adaptasi teknologi yang disyorkan dan menerusi program ini juga masalah yang dialami PKS dapat dikenal pasti menerusi audit teknologi.

“Antara penyelesai­an in- tervensi teknologi dan inovasi yang dilaksanak­an adalah adaptasi teknologi baharu dalam pembanguna­n produk dan proses termasuk pengujian prototaip, peningkata­n proses pengeluara­n serta pembanguna­n kompetensi dalam pengurusan teknologi dan inovasi,” katanya.

SIRIM turut menandatan­gani tujuh MoU berasingan dengan syarikat dan sebuah universiti tempatan antaranya, Sabah Energy Corporatio­n Sdn Bhd dan Zull Design Autotronic, serta Universiti Teknologi Petronas untuk meningkatk­an kerjasama dalam bidang teknologi dan pengkomers­ialan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia