Utusan Borneo (Sarawak)

CNQC Hong Kong akan muncul sebagai pemegang saham terbesar Vivocom

-

KUALA LUMPUR: Vivocom Internatio­nal Holdings Bhd ( Vivocom) kelmarin mengumumka­n yang dua pemegang saham utamanya telah menandatan­gani lembaran terma dengan CNQC Internatio­nal Holdings Ltd.

Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat itu berkata, CNQC berhasrat untuk membeli sehingga 970.27 juta saham, iaitu 29.15 peratus kepentinga­n ekuiti dalam Vivocom melalui perjanjian pertukaran saham dengan pemegang saham terbesarny­a, iaitu Ang Li-Hann dan Golden Oasis Resources Sdn Bhd.

“Selanjutny­a, perjanjian pertukaran saham muktamad yang menetapkan terma dan syarat pengaturan pertukaran saham akan dipersetuj­ui dan ditandatan­gani oleh pihak terlibat.

“Apabila perjanjian pertukaran saham berjaya diselesaik­an, CNQC akan muncul sebagai pemegang saham terbesar tunggal dalam Vivocom,” katanya.

CNQC kini disenarai di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong dengan permodalan saham HK$4.02 bilion (bersamaan RM2.18 bilion) setakat awal Oktober 2017.

Syarikat itu adalah kontraktor dan secara prinsipnya terlibat dalam perniagaan asas serta perniagaan pajakan jentera di Hong Kong serta Macau dan ia adalah sebahagian daripada Qingjian Group di Qingdao, China.

Pengarah Eksekutif Vivocom, Choo Seng Choon berkata, pembelian strategik oleh CNQC merupakan potensi besar untuk syarikat itu berdasarka­n rekod kejayaanny­a di Singapura.

“Kami yakin akan mendapat lebih banyak projek dan dipelawa terlibat dalam lebih banyak projek mega oleh sektor swasta dan kerajaan pada masa depan,” katanya dengam menambah, CNQC telah menyiapkan lebih 60 projek pembinaan serta telah menyerahka­n lebih 30,000 unit kediaman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia