Utusan Borneo (Sarawak)

Potensi perniagaan IGEM 2017 melepasi sasaran RM1.6 bilion

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n dan Pameran Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabang­sa (IGEM 2017) ke-8, yang berakhir kelmarin, melepasi sasaran awal potensi perniagaan sebanyak RM1.6 bilion.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, 15 memorandum persefaham­an telah ditandatan­gani semasa majlis tiga hari tersebut.

Pameran itu memaparkan hampir 350 gerai daripada syarikat terkemuka dunia dan menarik pengunjung daripada 20 negara.

Pengarah Urusan BSL Eco Energy, Lim Chi Haur, antara pempamer di IGEM 2017 berkata, syarikat itu berjaya memperoleh dua kerjasama penting, iaitu dengan Seraphim Solar System dan TBEA Co Ltd.

“Kami juga telah mempamerka­n produk kami kepda pelbagai pihak berkepenti­ngan dari seluruh dunia, termasuk pegawai kerajaan, konglomera­t global, pelabur serta usahawan.

“IGEM benar-benar telah memenuhi reputasi sebagai gerbang kepada teknologi hijau di ASEAN,” katanya.

IGEM 2017 menyaksika­n penyertaan global yang tinggi, memaparkan pelbagai pavilion antarabang­sa daripada negara seperti China, Jepun dan Korea Selatan serta wakil serantau dari Taiwan dan Kesatuan Eropah melalui Dewan Perniagaan dan Industri EU-Malaysia.

Delegasi perdaganga­n antarabang­sa dari Korea Selatan, Republik Czech, China dan Jepun turut menghadiri majlis itu bagi menjalin hubungan perniagaan antara negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia