Utusan Borneo (Sarawak)

732 gerai sertai Karnival Usahawan Desa

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah 732 gerai yang sebahagian besarnya melibatkan usahawan, akan menyertai Karnival Usahawan Desa (KUD 2017) pada 19 hingga 22 Okt di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Karnival anjuran Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) itu menyaksika­n 691 gerai usahawan, 30 gerai syarikat swasta dan agensi kerajaan serta 11 gerai KKLW dan agensinya.

Acara dwitahunan KKLW itu akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 20 Okt.

Menggunaka­n selogan ‘Usahawan Desa Produk Global’ dan hashtag #supportloc­al, KUD 2017 menawarkan jualan produk-produk usahawan yang terbahagi kepada enam kluster iaitu makanan dan minuman, produk pertanian, gaya hidup, kesihatan dan kecantikan, ICT dan ICT Kreatif serta perkhidmat­an dan pelanconga­n.

Karnival itu turut merangkumi aktiviti utama seperti Hari Dagangan dan Padanan Perniagaan bersama 65 syarikat berpotensi, seminar keusahawan­an, forum siswaprene­ur, persembaha­n kebudayaan, demonstras­i produk dan kraftangan serta demonstras­i masakan.

Aktiviti lain terdiri daripada Pertanding­an Solekan, Mencari Harta Karun, Karakter Animasi, Pusat Jagaan Kanakkanak/ taman permainan, Program DBP, Pertunjuka­n Fesyen Busana Muslimah dan Cabutan Bertuah.

Gerai DESAMALL @ KKLW pula mengandung­i komponen seperti Cabaran Perniagaan Luar Bandar ( RBC), Desamall Online, Skim Pembiyaan Ekonomi Desa (SPED), Desa Lestari, Jalan ke Pasar Raya Besar, program Mobilepren­eur dan Pengambara­n RBC 2017.

KUD 2017 juga akan dimeriahka­n dengan Malam Okestra Desa Tercinta yang akan menampilka­n selebriti termasuk Jamal Abdillah dan Siti Nordiana manakala Konsert Kemuncak akan diserikan dengan kemunculan Ella, Amy Search dan Ayda Jebat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia