Utusan Borneo (Sarawak)

Tebusan AS-Kanada pulang dengan selamat

Lelaki Kanada dan isterinya warga AS bersama tiga anak mereka pilih kembali ke Toronto

-

OTTAWA: Sepasang suami isteri warga Amerika Syarikat dan Kanada yang dibebaskan di Pakistan minggu ini, hampir lima tahun setelah diculik di Afghanista­n, kembali ke Kanada kelmarin di mana si suami mendakwa seorang anaknya dibunuh manakala isterinya dirogol.

Warga AS Caitlan Coleman dan suaminya warga Kanada Joshua Boyle, diculik ketika mengembara di Afghanista­n pada 2012 oleh rangkaian Haqqani yang bersekutu dengan Taliban.

Mereka tiba di Kanada bersama hanya tiga anak mereka.

“Jelas sekali amat penting bagi keluarga saya bahawa kami mampu membina rumah yang selamat untuk tiga anak kami yang terselamat,” kata Boyle kepada wartawan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pearson di Toronto.

Te n t e r a Pa k i s t a n menyelamat­kan keluarga terbabit di wilayah barat laut berhampira­n sempadan dengan Afghanista­n minggu ini, menghantar mereka ke London dan kemudian ke Toronto.

“Kebodohan dan kejahatan rangkaian Haqqani menculik pe n z i a r a h di b a y a n g i kebodohan dan kejahatan yang membenarka­n pembunuhan bayi perempuan saya.

“Serta kebodohan dan kejahatan merogol isteri saya kemudianny­a bukanlah tindakan perseorang­an, sebaliknya oleh seorang pengawal yang dibantu kaptennya dan dipantau komandanny­a,” Boyle membacakan satu kenyataan dengan suara yang tenang.

Beliau tidak mengulas maksud ‘ penziarah’ atau tentang pembunuhan dan rogol tersebut.

Coleman pula tidak hadir pada sidang akhbar tersebut.

Boyle mendakwa, Taliban yang dirujuk menggunaka­n nama rasmi mereka Emiriah Islam Afghanista­n, telah melancarka­n satu siasatan tahun lepas dan merumuskan jenayah ke atas keluargany­a telah didalangi Haqqani.

Beliau menyeru Taliban memberikan keadilan yang sewajarnya kepada mereka sekeluarga.

“Dengan izin Tuhan, senarai kebodohan ini akan menjadi penamat rangkaian Haqqani,” kata Boyle yang kelihatan keletihan dan enggan menjawab soalan wartawan.

Associated Press ( AP) melaporkan Coleman memakai tudung coklat muda dan duduk bersama dua anak mereka yang lebih tua dalam kabin kelas perniagaan manakala Boyle duduk bersama anak bongsu mereka di atas ribaannya.

Para pegawai Jabatan Negeri AS turut berada di dalam pesawat tersebut, tambah AP.

Salah seorang kanakkanak terbabit kurang sihat dan terpaksa diberi makan secara paksa oleh penyelamat Pakistan mereka, kata Boyle kepada AP.

Mereka dijangka pulang ke rumah keluarga Boyle di Smiths Falls, 80 kilometer barat daya Ottawa, untuk bersatu semula dengan keluarga.

Kanada telah terlibat secara aktif dengan kes Boyle pada segenap peringkat dan akan terus menyokong mereka, jelas kerajaan.

Perjalanan pulang ke tanah air bagaimanap­un dirumitkan oleh keengganan Boyle untuk menaiki pesawat tentera AS di Pakistan, menurut dua pegawai AS.

Sebaliknya Boyle meminta dihantar ke Kanada.

Namun Boyle menafikan kenyataan tersebut.

Boyle pernah mengahwini adik perempuan kepada seorang banduan di pusat tahanan tentera AS di Teluk Guantanamo.

Mereka bercerai dan banduan terbabit kemudian dibebaskan ke Kanada.

Keluarga kedua- dua mereka kerapkali mempersoal mengapa Boyle dan Coleman pergi mengembara ke wilayah yang begitu berbahaya, lebihlebih lagi ketika itu Coleman sedang hamil.

Boyle memberitah­u sidang akhbar tersebut bahawa beliau berada di Afghanista­n untuk membantu penduduk kampung yang tinggal jauh dalam kawasan kawalan Taliban yang tidak dapat dicapai NGO, pekerja bantuan atau kerajaan.

Pada 2016, video yang dikeluarka­n anggota gabungan Taliban Afghan yang dimuat naik dalam YouTube menunjukka­n buat kali pertama dua anak lelaki Boyle dan Coleman.

Dalam video tersebut, Coleman merayu penamat kepada ‘ mimpi ngeri ala Kafka’ mereka.

Taliban dan Haqqani be r k o n g s i ma t l a m a t mengusir tentera asing dan kerajaan yang disokong AS di Kabul, tetapi organisasi mereka berbeza dengan struktur pemerintah­an yang berasingan. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? TERSELAMAT: Gambar rakaman video tidak bertarikh serahan Site Intelligen­ce Group yang dikeluarka­n AFP pada 12 Oktober lalu menunjukka­n Boyle bersama isterinya Coleman dan anak-anak mereka di satu lokasi tidak didedahkan.
— Gambar AFP TERSELAMAT: Gambar rakaman video tidak bertarikh serahan Site Intelligen­ce Group yang dikeluarka­n AFP pada 12 Oktober lalu menunjukka­n Boyle bersama isterinya Coleman dan anak-anak mereka di satu lokasi tidak didedahkan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia