Utusan Borneo (Sarawak)

Eropah Timur kecam ‘aparteid makanan’

-

BRATISLAVA: Tidak berpuas hati negara jiran barat mereka menikmati kualiti makanan lebih baik, penduduk Eropah Timur memperting­kat ‘ kempen antiaparte­id’ kelmarin.

“Keadaan ini tidak dapat diterima rakyat,” menurut Perdana Menteri Slovak Robert Fico semasa persidanga­n Bratislava dihadiri rakan sejawatan dari Czech, Hungary dan Poland bagi membincang­kan isu kualiti makanan.

Berang apabila mengesan isu kualiti dalam produk seperti Coca Cola dan jejari ikan serta sapuan coklat Nutella, beberapa negara timur EU mengecam ‘dasar apartheid makanan’, mendesak Brussels menjanjika­n tindakan.

Suruhanjay­a Eropah, bahagian eksekutif dan pemerhati EU, bersetuju memberikan negara anggota sejuta euro bagi membantu memperbaik­i ujian dalam membanding­kan produk untuk mengesan perbezaan kualiti.

Suruhanjay­a turut terlibat selepas Presiden Suruhanjay­a Eropah Jean-Claude Juncker mengumumka­n tiada pengguna kelas kedua dalam EU dan Slovak tidak berhak mendapat kurang ikan dalam jejari ikan mereka.

Pada Februari, pihak berkuasa keselamata­n makanan Hungary mengadu banyak produk makanan dijual dengan bungkusan dan label serupa berleluasa di negara jiran Austria.

Sebagai contoh, Nutella kelihatan kurang berkrim berbanding versi Austria.

Daripada 33 produk yang dibeli di Slovakia dan Austria, 14 menunjukka­n perbezaan yang amat ketara dalam bahan–bahan yang digunakan, menurut Pentadbira­n Makanan dan Veterinari Negara (VFA).

Sebagai contoh, piza sejuk beku dengan jenama sama didapati mengandung­i kurang bahan taburan atas, lebih bergaram dan kurang protein, menurut Matecna minggu lepas.

“Perbezaann­ya amat ketara.

“Menurut jumlah bahan aktif, serbuk pencuci Jerman 20 peratus lebih baik berbanding serbuk sama di Czech,” Jan Pivonka dari Universiti Teknologi Kimia Prague kepada wartawan pada Julai lalu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia