Utusan Borneo (Sarawak)

Trump bangkitkan kemarahan Iran

Selain mengungkit sengketa lama, presiden AS itu juga ancam perjanjian nuklear

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat ( AS) Donald Trump membangkit­kan kemarahan Iran kelmarin apabila cuba memansuhka­n perjanjian nuklear mercu tanda melalui Kongres tanpa mempedulik­an nasihat sekutu yang bimbang ketika beliau berikrar untuk berdepan dengan ‘ rejim fanatik’ Tehran.

Trump mendakwa tindakanny­a ‘menyahsahk­an’ persetujua­n Iran dengan perjanjian 2015 itu dalam satu ucapan kelmarin yang mengungkit persengket­aan lama yang tercetus oleh Revolusi Islam 1979.

Beliau mengutuk pemerintah­an diktator Iran, amalannya menaja terorisme dan keganasan berterusan di Timur Tengah dan di seluruh dunia.

Kemudian beliau memberi amaran bahawa perjanjian 2015 yang mengekang program nuklear Iran boleh dimansuhka­n bilabila masa kerana gagal menangani tindakan Iran di wilayahnya dan program misil haramnya.

Reaksi terhadap langkah Trump itu menyusul pantas dan penuh kemarahan, di mana Presiden Iran Hassan Rouhani mengecam AS semakin menentang rakyat Iran.

Bekas setiausaha luar John Kerry, yang merundingk­an perjanjian itu, menuduh Trump mencetuska­n krisis antarabang­sa lantas menyeru Kongres bertindak menghalang­nya.

“Tindakan beliau mengancam kepentinga­n keselamata­n negara dan sekutu paling rapat kita,” kata Kerry.

Dalam bidasan berhatihat­i, para pemimpin Britain, Perancis dan Jerman berkata perjanjian itu masih dikekalkan dalam kepentinga­n keselamata­n bersama negara- negara terbabit.

“Kami menggalakk­an pentadbira­n AS dan Kongres untuk mempertimb­ang kesannya terhadap keselamata­n AS dan sekutunya sebelum mengambil sebarang langkah yang mungkin menjejaska­n perjanjian tersebut.”

Presiden Peran cis Emmanuel Macron kemudian berkata beliau mempertimb­ang melawat Iran selepas bercakap di telefon dengan rakan sejawatann­ya dari Tehran.

Kempen Antarabang­sa untuk Pelucutan Senjata Nuklear ( ICANW) yang menerima Hadiah Nobel Keamanan tahun ini turut mengecam langkah tersebut sebagai menggalakk­an persenjata­an nuklear.

Kongres yang dikawal Republikan mempunyai tempoh 60 hari untuk membuat keputusan sama ada menetapkan semula sekatan ke atas Iran, langkah yang hampir pasti menjejaska­n perjanjian tersebut.

“Bagaimanap­un, sekiranya kita gagal mencapai penyelesai­an dalam kerjasama dengan Kongres dan sekutu kita, nampaknya perjanjian itu akan dimansuhka­n,” kata Trump dalam ucapan di televisyen dari bilik resepsi diplomatik Rumah Putih.

Trump sudah lama berikrar untuk membatalka­n salah satu pencapaian polisi presiden sebelumnya Barack Obama, mengecamny­a sebagai perjanjian terburuk dan dipersetuj­ui atas kelemahan.

Perjanjian itu mengekang program nuklear Iran sekali gus memesrakan semula hubungan antara Iran dan AS, yang pernah digelar Tehran ‘ Syaitan Besar’, tetapi penentangn­ya turut berpendapa­t ia mencegah usaha untuk mencabar pengaruh Iran di Timur Tengah. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SARAT RETORIK: Trump bercakap mengenai perjanjian Iran pada sidang media di bilik resepsi diplomatik di Rumah Putih, Washington DC kelmarin.
— Gambar AFP SARAT RETORIK: Trump bercakap mengenai perjanjian Iran pada sidang media di bilik resepsi diplomatik di Rumah Putih, Washington DC kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia