Utusan Borneo (Sarawak)

Penguin tua peminat kartun kadbod mati

-

TOKYO: Seekor penguin tua yang menjadi terkenal di Jepun selepas jatuh cinta dengan keratan kadbod satu watak kartun popular dilaporkan telah mati pada usia matang 21 tahun, yang dipercayai kira-kira 80 tahun bagi usia manusia.

Pihak berkuasa Zoo Tobu di Saitama, utara Tokyo, menyatakan Grape mati selepas sakit seketika, bersama objek yang diminatiny­a itu di sisinya.

Pada awal tahun ini, penguin Humboldt itu telah tertarik dengan satu keratan poster Hululu, satu watak daripada kartun animasi ‘ Kemono Friends’, selepas ditinggalk­an pasanganny­a, seekor penguin betina bernama Midori.

Grape yang putus cinta telah menemui ketenangan bersama Hululu dan akan memandang keratan kadbod itu hingga berjam-jam lamanya.

Aksi romantik penguin terbabit ternyata menarik perhatian dan menular, menyebabka­n Grape mempunyai jutaan peminat dari seluruh dunia.

Para pengunjung yang bersedih telah melawat kandang penguin di Zoo Tobu, kebanyakan­nya membawa jambangan bunga, sejak berita tragik tersebut dimaklumka­n kelmarin, sementara pihak berkuasa mendirikan sebuah pusara sementara bagi selebriti mereka yang mati semalam.

“Si kecil Grape mempunyai isteri bernama Midori namun ia telah meninggalk­annya dan mendapat suami baharu,” penjaga kawanan penguin di Zoo Tobu Eri Nemoto memberitah­u media tempatan.

“Kami telah meletakkan panel kadbod bersebelah­an dengannya untuk menenangka­nnya hingga ke akhirnya.”

Penghormat­an semakin banyak terpapar dalam media sosial dibawa h has h ta g‘ G rap ekun ’( G rap e Kecil ), dengan beberapa orang pengguna memuat naik gambar lukisan tangan yang memaparkan Grape memandang sepenuh perasaan terhadap Hululu.

“Selamat malam putera,” tulis seorang pengguna Twitter, sementara seorang lain menulis: “Kamu telah memikat dunia dan menjadikan ia lebih bersinar. Jumpa kamu lagi, Koboi Angkasa Lepas.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? COMEL: Gambar bertarikh 27 April lalu yang diserahkan Zoo Tobu semalam menunjukka­n Grape bersama Hululu.
— Gambar AFP COMEL: Gambar bertarikh 27 April lalu yang diserahkan Zoo Tobu semalam menunjukka­n Grape bersama Hululu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia